D.O EXO dan Nam Ji Hyun bakal bintangi drama terbaru

Bertarikh 7 Februari, media Korea telah mendedahkan D.O. dan Nam Ji Hyun telah disenaraikan  untuk membawatakan watak utama dalam drama berjudul Dear Husband of 100 Days. Kedua-dua agensi selebriti berkenaan memberitahu mereka dikatakan positif untuk mempertimbangkan tawaran tersebut.

D.O. akan melakonkan watak sebagai Lee Yool, seorang putera mahkota yang perfectionist.  Walau bagaimanapun, setelah mengalami kecelakaan yang serius serta terjatuh dari tebing, Lee Yool mendapati dirinya bertukar menjadi Won Deuk yang berperwatakan seperti seorang lelaki tidak berguna.

Nam Ji Hyun pula membawakan watak sebagai seorang wanita pintar yang mengendalikan agensi detektif dan akhirnya bertemu dengan Lee Yool.

Dear Husband of 100 Days adalah sebuah genre mystery romantik  di mana ianya menggambarkan seperti penampilan drama sejarah Jason Bourne. Drama ini menceritakan kisah tentang apa yang berlaku kepada putera mahkota yang hilang selama 100 hari.

Skrip ini ditulis oleh No Ji Seol, yang sebelum ini telah menulis skrip untuk drama Dr. Champ,  Scent of a Woman, dan She’s So Lovable/ My Lovely Girl.  Drama ini dikhabarkan untuk disiarkan disaluran TVN.

sumber : Naver, tvreport

Komentar

comments

You may also like...