Mungkinkah Yoon Doojoon kembali beraksi dengan tvN – Let’s Eat 3 bersama Baek Jin Hee?

Yoon Doojoon bakal kembali beraksi dengan sekuel ke-3 Let’s Eat yang disiarkan disaluran tvN. Yoon Doojoon kini membintangi drama Radio Romance yang kini sedang bersiaran disaluran KBS. Drama ini menyaksikan beliau bergandingan dengan pelakon berbakat Kim So Hyun sebagai teraju utama.

Bagaimanapun, ini bukanlah perkara yang ingin kami ketengahkan. Masihkah anda ingat drama bersiri tvN Let’s Eat. Drama ini telahpun melepasi sekuel kedua yang telah bersiaran sekitar tahun 2014. Drama ini mengisahkan teraju utama bagi kedua-dua musim iaitu Yoon Doojoon yang membawakan watak sebagai seorang ejen insurans  yang mempunyai citarasa yang bagus terhadap makanan. Beliau seringkali mengunjungi tempat yang menyediakan makanan yang bagus dan berkongsi berkaitan hal tersebut diblognya. Watak Yoon Doojoon sebagai Goo Daeyoung ini sangat disukai ramai.

Terkini, media melaporkan bahawa bintang utama drama Jugglers, Baek Jin Hee ditwarkan watak utama Let’s Eat 3. Agensi beliau, JWIDE telah mengesahkan perkara tersebut. ” Ya, memang betul Baej Jin Hee telah menerima tawaran untuk membintangi drama tersebut dan kini beliau sedang  meneliti tawaran berkenaan.” Adakah Baek Jin Hee bakal mengikuti jejak Lee Soo Kyung (Let’s Eat 1) dan Seo Hyun Jin (Let’s Eat 2)?

Kemudian, tvN melaporkan Yoon DooJoon juga dikatakan telah menerima tawaran tersebut dan beliau sedang mempertimbangkannya. Keduanya dilaporkan memberikan maklumbalas yang positif berkaitan perkara ini.

Terdahulu, berita mengenai Yoon Doojoon telah ditawarkan watak utama drama Let’s Eat 3 bermula sekitar bulan Oktober tahun lepas lagi. Agensi beliau, Around Us Entertainment telah mengesahkan perkara tersebut. Tetapi disebabkan ketika itu, beliau dan ahli kumpulannya Highlight sedang giat dalam proses come back, perkara ini belum lagi diputuskan.

Let’s Eat Musim Pertama dibintangi oleh Lee Soo-kyung, Yoon Doo-joon, Shim Hyung-tak & Yoon So-hee

 

Let’s Eat Musim Ke-2 diterajui oleh Yoon Doo-joon, Seo Hyun-jin & Kwon Yul.

Drama Let’s Eat 3 ini bakal ditayangkan disaluran tvN pada sekitar pertengahan tahun yang kedua 2018. Sekuel ke-3 ini juga masih mengekalkan pengarah Choi Kyoo Sik dan penulis Lim Soo Mi. Adakah anda bersedia untuk menyaksikan Let’s Eat 3 dengan gandingan Yoon Doojoon bersama Baek Jin Hee?

Buat peminat Yoon Doojoon dan Kim So hyun, jangan lupa saksikan drama Radio Romance di Astro saluran KBS Ch 391 dan 392 (HD) pada setiap Selasa dan Rabu jam 9 malam.

sumber :  Osen, Naver

Komentar

comments

You may also like...