/Kematian Kim Joo Hyuk diselubungi misteri…Timbul spekulasi bunuh diri?

Kematian Kim Joo Hyuk diselubungi misteri…Timbul spekulasi bunuh diri?

Hari ini genap 60 hari mendiang Kim Joo Hyuk meninggalkan kita. Namun, sebab kematiannya masih menjadi tanda tanya apabila pihak polis yang menjalankan penyiasatan tidak menemui sebarang masalah pada kereta Kim Joo Hyuk pada hari kejadian, mengikut laporan dikeluarkan oleh Jabatan Forensik Korea. Tambah membuntukan lagi, pihak polis tak menjumpai langsung kesan brek kecemasan  yang biasanya dilakukan secara mengejut oleh pemandu saat-saat berhadapan dengan kemalangan jalan raya sekaligus menimbulkan spekulasi ianya sengaja dilakukan oleh pemandu itu sendiri.

“Saya telah menerima laporan Jabatan Forensi Korea. Bukan kerana masalah pada kerosakan kereta ,” kata pegawai penyiasat polis selepas menyampaikan keputusan siasatan forensik tersebut pada keluarga mendiang.

Pada 2 November  lalu, polis turut menyimpulkan tiada kesan alkohol mahupun dadah di dalam tubuh mendiang menyebabkan mereka mengambil langkah untuk menyiasat kerosakan kereta sebagai punca sebaliknya. Dengan pengumuman ini, ia mencetuskan misteri kerana Kim Joo Hyuk tak menunjukkan tanda-tanda kemurungan sebelum kejadian jika kemalangan itu sengaja dilakukan mendiang.

Kim Joo Hyuk bersama Lee Yoo Young (OCN Tunnel).

Mendiang Kim Joo Hyuk meninggal dunia setelah keretanya terbabas melanggar tangga sebuah apartment di Gangnam, Seoul lalu terbakar. Drama terakhir lakonan beliau ialah tvN Argon iaitu sebagai wartawan. Dua hari sebelum kematiannya, beliau menggondol anugerah Best Supporting Actor di Seoul Awards menerusi filem Confidential Assignment. Pernah terbabit sebagai pendukung program realiti tv KBS 2 Days 1 Night untuk musim ke-3 yang lepas, pelakon ini turut dikenali menerusi drama SBS Lovers in Prague bersama Jeon Do Yeon hasil karangan penulis skrip Kim Eun Sook sehingga menyebabkan beliau meraih Best Actor TV Paeksang. Beliau juga pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Lee Yoo Young, yang meraih pencalonan Best Supporting Actress dalam 6th Cari Kdrama Awards baru-baru ini.

Sumber: star.mt

 

Komentar

comments

Admin Kmania.