/Malam Grammy milik Bruno Mars akhirnya

Malam Grammy milik Bruno Mars akhirnya

Tahniah diucapkan buat Bruno Mars kerana berjaya menyapu bersih kesemua anugerah tercalon dalam Grammy ke-60 sebentar tadi, iaitu sebanyak enam termasuklah ketiga-tiga anugerah tertinggi, Album of The Year, Song of The Year dan Record of The Year sekaligus meletakkan beliau sebaris dengan Adele dalam bilangan anugerah dimenanginya pada tahun 2012.

Bruno Mars tak menepati jangkaan awal menyapu kesemua ketiga-tiga anugerah tertinggi itu apabila nama Kendrick Lamars sebaliknya disebut-sebut menggondol anugerah Album of The Year berkenaan. Namun, juri Grammy tampaknya memandang album 24k yang berentak R&B dan reggae ini, yakni album solo ketiga Bruno Mars sebagai album paling terbaik pernah dihasilkan pada tahun 2017. Oleh itu, Bruno Mars memenang rekod kemenangan kategori ini sebanyak dua kali berturut-turut setelah memenanginya sebagai salah seorang produser album nyanyian Adele pada tahun lepas berjudul 25. Beliau dan Lauryn Hill hanya artis yang berjaya meraih kemenangan “Album of The Year” dengan album solo sendiri dan gabungan dengan album solo artis lain secara berturut-turut.

Album 24k menghasilkan beberapa singles hit antaranya, That’s What I Like, 24k Magic dan terbaru sekali Finesse, duet bersama penyanyi rapper Cardi B. That’s What I Like berjaya menduduki tangga pertama carta hot 100 Billboard dan juga meraih Song of The Year manakala 24k Magic pula meraih Record of The Year. Album Bruno Mars seperti Doo-wops & Hooligans dan Unorthodox Jukebox menjadi ikutan peminat dari Malaysia sehingga mencetuskan fenomena penyanyi tempatan berkaca mata hitam seperti Haqiem Rusli dan penyanyi sedia ada seperti Hafiz yang sedikit mengambil inspirasi daripada penyanyi Bruno Mars ini.

https://www.youtube.com/watch?v=UqyT8IEBkvY

Sumber: Grammy Awards

Komentar

comments

Admin Kmania.