FanMeeting percuma untuk peminat saya – Lee Dong Wook

Umum ketahui, Lee Dong Wook telah dilantik secara rasmi sebagai Duta Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018. Sejajar dengan itu, satu berita baik untuk peminat Lee Dong Wook diseluruh dunia.

Pada 27 Januari yang lepas, agensi Lee Dong Wook, King Kong by Starship memberitahu bahawa pelakon tersebut akan mengadakan pertemuan bersama para peminatnya  pada 13 Mac  2018 bersempena  dengan 2018 PyeongChang Winter Paralympics. Dianggarkan seramai 1,000 orang peminat akan berpeluang menyertai fan meeting ini.

Fan meeting ini dinamakan sebagai  Go PyeongChang 2018 with Lee Dong Wook  dan ianya boleh dikatakan sebahagian acara bagi festival Christmas in March. Acara ini bertujuan untuk mempromosikan dan mempopularkan Wilayah Gangwon serta menggalakkan masyarakat luar negara untuk sama-sama menikmati 2018 PyeongChang Winter Paralympics. 

Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada peminat yang menyertai fan meeting ini.  Anda, ye anda yang mungkin terbang ke Korea pada tarikh berkenaan boleh ambil peluang untuk sertai fan meeting ini. Anda akan diberikan tiket percuma untuk menyaksikan acara paralimpik hoki ais bersama Lee Dong Wook di mana beliau sendiri yang membelikan tiket-tiket tersebut untuk anda. Sweet kan.

Sebagai Honorary Ambassador bagi 2018 Pyeongchang Winter Olympics dan Paralympic Games, promosi yang dibuat oleh Lee Dong Wook ini dijangka akan menarik perhatian masyarakat umum diseluruh negara berkenaan dengan acara-acara sukan lain  yang akan datang.

Fan Meeting Go PyeongChang 2018 with Lee Dong Wook akan dianjurkan oleh Korea Tourism Organisation (KTO) dan  Wilayah Gangwon. Maklumat lanjut berkaitan perkara ini boleh didapati di laman web March Christmas Festival  dan juga PyeongChang 2018 Paralympic Games . Buat peminat Lee Dong Wook di seluruh negara, jangan lupa Fan Meeting bersama Lee Dong Wook 13 March depan kerana ini merupakan peluang keemasan anda.

nota : Lee Dong Wook telah dinobatkan sebagai Best Supporting Actor untuk kategori terbaik menerusi drama Goblin pada Cari Kdrama Award 2017 yang telah berlangsung pada 20 Januari lepas. Untuk senarai penuh boleh klik 6th 2017 CariKdrama Awards

BACA juga : [Sensasi] Lee Dong Wook & Jo Seung Woo bergandingan sama sebagai doktor di dalam jtbc Life

sumber : Naver

Komentar

comments

You may also like...