“Saya pun dia boleh tipu” – Ha Ji Won dalam nada sebak

Tak terungkap kesedihan apabila kehilangan satu-satunya adik lelaki tersayang yang ditatang bagai minyak yang penuh sejak kecil lagi, Ha Ji Won meluahkan rasa berat hatinya untuk melepaskan si dia buat selama-lamanya.

“Saya pun dia boleh tipu sehingga ke akhir hayatnya” , kata Ha Ji Won dalam nada sebak.

Jung Tae Soo dalam jtbc Cruel Place – War of Flowers.

Setelah berkali-kali mencuba, akhirnya Jun Tae So berjaya menceburkan dirinya di dalam drama arahan PD Kim Won Suk, KBS Sungkyunkwan Scandal sebagai salah satu watak pembantu antagonis dalam drama berkenaan sehingga membuatkannya namanya mula dikenali tanpa pengaruh kakaknya Ha Ji Won. Namun, nasib tak menyebelahi dirinya selepas itu apabila dia didapati bersalah menyerang polis sehingga menjejaskan kredibilitinya.  Kali terakhir Jung Tae So diambil berlakon adalah pada tahun 2013, lebih empat tahun yang lepas.

Kerana mengenangkan susah payah bergelar selebriti, Ha Ji Won pernah cuba beberapa kali menghalang Jun Tae Soo melibatkan diri dalam industri seni. Tetapi setelah melihat atas kesungguhan yang ditunjukkan adiknya itu, Ha Ji Won tawar hati. Ha Ji Won lebih bimbang dengan keadaan adiknya di masa depan berbanding dirinya . Setelah melihat Jun Tae So mampu menjaga diri,  Ha Ji Won akhirnya ‘melepaskan’ adiknya sebaik saja ayah mereka meninggal dunia pada dua tahun lepas.

Setelah mengalami kemurungan yang agak teruk dan menjalani rawatan seperti yang dipinta oleh kakaknya, Jung Tae So kemudian bertekad untuk menamatkan nyawanya sendiri semalam di luar pengetahuan kakaknya .  Dia telah dilaporkan meninggal dunia pada usia 34 tahun. Ha Ji Won yang sangat terkejut dengan berita tersebut terpaksa membatalkan segala jadual hariannya dan terus bergegas ke hospital menemui seluruh isi keluarganya.

Majlis pengkebumian Jun Tae Soo nanti hanya akan dihadiri oleh seluruh seisi keluarga Ha Ji Won dan rakan-rakan terdekat. Ha Ji Won melalui agensinya, meminta orang ramai memberikan ruang privasi pada dirinya.

Sumber: xsportnews

Komentar

comments

You may also like...