BTS pecah rekod raih platinum 2x untuk jualan ‘singles’ mereka di Jepun

BTS, atau dikenali sebagai ‘Bangtan Boys’ menjadi satu-satunya kumpulan Kpop yang berjaya meraih pengiktirafan platinum sebanyak 2 kali untuk kesemua jualan singles mereka di Jepun pada tahun lepas.

Pertubuhan Rakaman Industri Jepun atau “Recording Industry Association of Japan (RIAJ) yang bertanggungjawab menentukan pengiktirafan tersebut, mengumumkan kesemua singles BTS yang dilancarkan tahun lepas, ‘DNA’, ‘Mic Drop’ dan ‘Crystal Snow’ telah mencapai jualan sebanyak 500,000 unit. Satu pencapaian yang agak membanggakan buat selebriti yang bukan datang dari tanah Jepun.

Ketiga-tiga single berkenaan ternyata sangat popular di Jepun apabila berjaya menduduki tangga pertama di dalam carta Oricon dan Japan hot 100. ‘Mic Drop BTS bukan juga berjaya di Jepun, tetapi juga mencipta rekod satu-satunya kumpulan Kpop yang berjaya menempatkan di kedudukan no. 28 di Billboard Hot 100.

Sumber: Billboard , naver

Komentar

comments

You may also like...