Pengarah drama “Boys Over Flowers” & “My Girl” meninggal dunia

Pengarah drama korea yang terkenal dengan hasil kerja seperti KBS Boy Over Flowers , KBS Sassy Girl Chunhyang dan SBS My Girl , Jeon Ki Sang telah dilaporkan meninggal dunia pada usia 59 setelah mengalami kecederaan parah akibat dilanggar teksi semasa menyeberangi lintasan zebra pada jam 1.20 pagi semalam. Khabarnya, keluarganya telah bergegas pulang ke Korea sebaik saja mendengar berita kematiannya.

Beliau merupakan PD drama korea yang agak popular di zaman kemuncaknya dengan menghasilkan tiga buah drama yang melebihi 20% nilaian ratings. Beberapa drama arahannya, KBS Sassy Girl Chunhyang  dan SBS My Girl, digandingkan bersama penulis skrip “Hong Sister” yang sekarang ini terbabit dalam penulisan drama tvN Hwayuki. KBS Boy Over Flowers pula merupakan antara adaptasi Korea paling dikenali sekali sehingga menaikkan nama pelakon Lee Min Ho. Ketiga-tiga drama disebutkan di atas merupakan drama yang sangat popular di Malaysia, sering menjadi sebutan dalam kalangan peminat kdrama Malaysia sepanjang zaman.

Satu kehilangan yang besar dalam industri drama korea. Takziah kami ucapkan.

Sumber: news chosun

 

Komentar

comments

You may also like...