/tvN My Mister arahan PD Kim Won Seok (Signal) gabungkan Lee Sung Kyun, IU, Na Moon Hee, Oh Dal Su & Lee Ji Ah

tvN My Mister arahan PD Kim Won Seok (Signal) gabungkan Lee Sung Kyun, IU, Na Moon Hee, Oh Dal Su & Lee Ji Ah

tvN My Mister (“My Ahjussi”) sudah pun mendapat hak penyiaran pada 21 Mac, 2018 ini sebaik saja tvN Mother selesai ditayangkan dan bakal menggandingkan nama-nama besar dalam industri seni seperti Lee Sung Kyun, IU, Na Moon Hee (pemenang Best Actress Blue Dragon Film Awards lepas) , Lee Ji Ah dan Oh Dal Su, pelakon yang terkenal aksi ‘scene stealer’ di dalam filem Ode My Father.

IU akan membawakan watak sebagai anak gadis muda, Lee Ji An yang mengalami kesukaran hidup kerana hidupnya bagaikan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dia kehilangan ibubapanya pada usia 6 tahun dan terpaksa bergantung hidup pada nenek yang sakit (dilakonkan oleh Na Moon Hee). Sehingga pada suatu hari, dia menemui seorang lelaki berusia 40-an yang mempunyai nasib lebih kurang sama sepertinya.

Lee Sung Kyun sebagai Park Dong Hoon akan menjadi harapan utama Lee Ji An. Mereka hidup bersama-sama sebagai  adik-beradik ‘angkat’ saling membantu mengubah hidup ke arah lebih baik.  Park Dong Hoon ialah abang ke-2 daripada 3 orang adik-beradik yang bekerja sebagai juruteknik sebuah syarikat pembinaan yang mementingkan aspek keselamatan. Dia seorang yang pendiam tetapi agak romantik.


Penulis amat ternanti-nanti garapan hebat pengarah Kim Won Suk, pemenang 2 kali Best Director Cari Kdrama Awards ini yang mahir dalam menterjemahkan keberkesanan lakon layar seperti dilakukannya menerusi KBS Cinderella’s Sister, KBS Sunkyunkwan Scandal, tvN Misaeng dan tvN Signal walaupun daripada penulis skrip yang berbeza. Teknik pengarahannya sangat mampan dan jelas serta mudah difahami penonton.  Drama ditulis sepenuhnya oleh Park Hae Young, iaitu penulis skrip tvN Oh Hae Young.

Sumber: OSEN , sport chosun

Komentar

comments

Admin Kmania.