/[Sensasi] Lee Dong Wook & Jo Seung Woo bergandingan sama sebagai doktor di dalam jtbc Life

[Sensasi] Lee Dong Wook & Jo Seung Woo bergandingan sama sebagai doktor di dalam jtbc Life

Berita yang mengejutkan apabila kedua-dua pelakon, Jo Seung Woo dan Lee Dong Wook telah disahkan membintangi drama bertemakan perubatan berjudul “Life” yang disiarkan melalui cenel jtbc. Tiada angin, tiada ribut, pengumuman dibuat sebaik saja kedua-dua aktor tersebut bersetuju. Kedua-duanya akan membawakan watak sebagai doktor di dalam siri drama ini di mana Jo Seung Woo  akan bertindak sebagai CEO hospital.

Lebih menarik lagi, drama ini bakal ditulis oleh penulis skrip yang meraih pencalonan Best Screenplay dalam 6th Cari Kdrama Awards baru-baru ini, Lee Se Yeon menerusi drama tvN Forest of Secret yang turut disenaraikan top 10 drama terbaik pilihan rakyat Malaysia untuk merebut takhta Drama of The Year. Forest of Secret berkisarkan tentang misteri tentang kematian seseorang yang dikupas berhati-hati daripada kaca mata seorang pendakwaraya sehingga membawa kepada penyelongkaran korupsi di pihak atasan. Hasil kerja Lee Se Yeon menerusi drama tersebut telah diberikan penghargaan tertinggi di beberapa anugerah tahun lepas, salah satunya meraih anugerah Best Drama di dalam 1st Seoul Awards. Adakah penulis skrip ini akan menggunakan kaedah “thriller” yang mengujakan seperti dilakukannya dalam tvN Forest of Secret untuk nukilan terbarunya? Sama-sama kita nantikan.

Ini merupakan gandingan ke-2 Jo Seung Woo bersama penulis skrip berkenaan selepas tvN Forest of Secret dan drama terbaru Lee Dong Wook selepas tvN Goblin yang turut meraih pencalonan untuk Best Supporting Actor. Tiada maklumat tentang bila waktu siarannya dan juga pengarah yang dipertanggungjawabkan tetapi mungkin akan ditayangkan selebih-lebihnya selepas pertengahan tahun ini.

Sumber: xsportnews , star.mk , newsen

 

Komentar

comments

Admin Kmania.