IN2IT Asia Showcase Tour “Carpe Diem” 2018, Tiket Dijual Mulai 12 Januari

Berita baik untuk peminat IN2IT terutamanya buat peminat mereka di Malaysia. IN2IT bakal menjengah Malaysia pada bulan Februari hadapan  sempena  IN2IT ASIA SHOWCASE TOUR “Carpe Diem”. Yeay IN2IT in Malaysia! IN2IT merupakan sebuah boy band dari Korea Selatan dan dianggotai oleh 8 anak muda. Pasti ianya sesuatu yang membanggakan apabila salah seorang ahli IN2IT, iaitu Isaac merupakan jejaka kelahiran Kota Kinabalu, Sabah. Yes definitely, he’s Malaysian.

Pastikan anda baca : (Update) Isaac KPOP Idol Pertama dari Malaysia bakal Debut Bersama IN2IT Hujung Bulan Ini 

Sebelum IN2IT memulakan lawatan Asia mereka, mereka akan mempromosikan lagu kedua mereka iaitu ‘Cadillac’, yang dihasilkan oleh Cha Cha Malone AOMG, dari album debut mereka Carpe Diem di Korea. Melalui lagu ‘Cadillac’, peminat akan melihat sisi IN2IT yang berbeza daripada lagu ‘Amazing’.

Sejak mereka debut secara rasmi pada 26 Oktober, IN2IT telah menduduki ranking ke-5 di Mnet Countdown yang merupakan salah satu daripada rancangan carta K-pop yang paling popular di Korea. Diikuti dengan promosi di Jepun, mereka juga tampil membuat persembahan untuk “2018 Taipei High City”, yakni merupakan sebuah acara sambutan  tahun baru yang terbesar di Taiwan dengan kehadiran lebih daripada 1 juta orang.  Mereka adalah salah seorang daripada artis Korea yang tampil di acara tersebut bersama dengan penyanyi hebat Korea, Rain.

Dengan pelbagai perhatian yang diberikan kepada mereka samada di dalam dan di luar negara, tidak syak lagi bahawa mereka adalah sebutir bintang yang semakin meningkat serta bersinar dalam industri muzik K-Pop. Oleh yang demikian, agensi mereka MMO Entertainment mengumumkan IN2IT akan memulakan lawatan Asia mereka, bermula di Singapura pada 2 Feb , Kuala Lumpur, Malaysia pada 4 Feb dan berakhir di Jakarta, Indonesia pada 10 Feb.

Penganjuran

IN2IT ASIA SHOWCASE TOUR “Carpe Diem” ini dianjurkan oleh Fast Track Events. Fast Track Events merupakan sebuah syarikat pengurusan acara dan pemasaran global yang khusus dalam memberikan perkhidmatan serta pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada pelanggan mereka tanpa mengira sebesar mana skala sesebuah acara itu. Mereka juga berusaha untuk menganjurkan  acara yang luar biasa yang pastinya akan memenuhi selera penonton global.

 

Penjualan Tiket dan Keistimewaan Buat Pembeli Tiket

Tiket dikeluarkan hanya untuk 1 kategori sahaja dan ianya akan mula dijual mulai 12 Januari 2018 (Jumaat) pada jam 10 pagi (mengikut waktu tempatan). Tiket boleh dibeli secara atas talian melalui RedTix (untuk Singapura dan Malaysia) dan
IndoTix (untuk Indonesia). Untuk peminat di Malaysia, tiket dijual pada harga RM488.00.

Sebagai hadiah kepada peminat di luar negara yang inginkan peluang untuk beramah mesra serta mengenali anggota-anggota Kumpulan IN2IT ini dengan lebih dekat, Showcase Tour ini bukan hanya sekadar mini konsert dan fan-meeting sahaja, malah para peminat berpeluang untuk menyaksikan persembahan secara solo oleh setiap ahli IN2IT.

Paling menarik dan pastinya ditunggu-tunggu oleh IN2U (kelan peminat IN2IT) adalah;

  • setiap pemegang tiket akan menerima album yang  telah ditandatangani oleh setiap ahli kumpulan IN2IT
  • layak untuk mengambil gambar berkumpulan (group photo) dan
  • menghadiri sesi Hi-5 selepas Showcase
    pameran.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai IN2IT ASIA SHOWCASE TOUR “Carpe Diem”

Singapore
Date: 2 February 2018
Time: 7PM
Venue: School of The Arts (SOTA), Singapore
Ticket Price: S$228 (Prices exclude RedTix processing fee)
Booking website: www.airasiaredtix.com/in2it_asia_showcase_tour_sg

Malaysia
Date: 4 February 2018
Time: 7PM
Venue: PJ Live Arts, Kuala Lumpur
Ticket Price: RM488 (Prices exclude RedTix processing fee)
Booking website: http://www.airasiaredtix.com/in2it_asia_showcase_tour_my

Indonesia
Date: 10 February 2018
Time: 7PM
Venue: Curacao Room, The Kasablanka, Jakarta
Ticket Price: IDR 2,400,00.00 (Prices exclude IndoTix processing fee)
Booking website: http://indotix.com/events/in2it-asia-showcase-tour-carpe-diem/

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Showcase ini, anda boleh dapatkan melalui social media Fast Track Events iaitu Facebook, Twitter,  dan web rasmi Fast Track Events. Bagi peminat IN2IT atau IN2U, boleh follow mereka di Twitter, Facebook, IG, YouTube.

Komentar

comments

You may also like...