/Ra Mi Ran sebagai bini no.2 yang buat Kim Hyun Joo terseksa dalam KBS Miracle That We Met??

Ra Mi Ran sebagai bini no.2 yang buat Kim Hyun Joo terseksa dalam KBS Miracle That We Met??

Penulis skrip paling popular pada tahun 2017, yakni Baek Mi Kyung (“jtbc Strong Woman Do Bong Soon”, “jtbc Woman of Dignity”), telah mengesahkan drama terbarunya untuk terbitan KBS berjudul “The Miracle That We Met” yang bakal diarahkan oleh PD Lee Hyeong Min. Drama ini sedang melalui proses pemilihan pelakon termasuklah Kim Hyun Joo, Kim Myung Min dan Ra Mi Ran.

Kim Hyun Joo telah ditawarkan watak bernama Son Hye Jin, seorang isteri mithali yang kelihatan teguh luarannya, tapi sebenarnya menderita kerana tidak dipedulikan suaminya. Dia berazam untuk menuntut penceraian daripada suaminya. Son Hye Jin dikurniakan dua anak hasil perkahwinan dengan suaminya, yang bakal dilakonkan oleh Kim Myung Min.

Menurut penulisan skrip yang didedahkan kepada pihak media, KBS The Miracle That We Met berkisarkan tentang lelaki yang sempurna daripada semua segi, dan merupakan ketua keluarga yang mengamalkan poligami. Dalam drama ini, beliau mempunyai dua orang isteri yang ditakrifkan sah di sisi-sisi undang-undang Korea. Mungkin isu poligami ini kedengaran agak janggal di Korea kerana diketahui undang-undang negara tersebut sebenarnya menghalang lelaki menikahi lebih daripada seorang isteri secara ‘legal’. Tapi di Malaysia, ianya tak menjadi masalah kerana jelas undang-undang syariah Islam tak menghalang suami orang Islam beristeri lebih daripada seseorang sekiranya perkahwinan tersebut disahkan mahkamah syariah.

Ra Mi Ran, pemenang Best Supporting Actress 5th Cari Kdrama Awards, dikatakan membawa watak pembantu yakni wanita yang kehilangan ‘seseorang’ di dalam hidupnya dan mahu untuk berubah. Tidak dipastikan samada dia akan menjadi madu pada Son Hye Jin iaitu bini ke-2 buat suami Son Hye Jin.

Baek Mi Kyung dikenali sebagai penulis skrip yang sering menititberatkan isu feminisme di dalam karyanya seperti dilakukannya menerusi watak Park Bo Young di dalam jtbc Strong Woman Do Bong Soon yang gagah bertenaga walaupun bertubuh kecil serta duo Kim Hee Sun dan Kim Sun Ah di dalam jtbc Woman of Dignity yang menjadikan mereka tampak hebat dan berkeyakinan tinggi di hadapan lelaki. Lakonan Kim Hee Sun sebagai Woo Ah Jin sekaligus telah meraih pencalonan Best Actress dalam 6th CARI Kdrama Awards baru-baru ini (–>Undi di sini<–).

KBS The Miracle That We Met akan ditayangkan sebaik saja Radio Romance melabuhkan tirainya.

Sumber: is.plus , OSEN

Komentar

comments

Admin Kmania.