/Jung Kyung Ho & Han Ga In masing-masing bintangi drama OCN “Life on Mars” dan OCN “Mistress”

Jung Kyung Ho & Han Ga In masing-masing bintangi drama OCN “Life on Mars” dan OCN “Mistress”

Produksi tv OCN tampaknya semakin galak menayangkan drama baru. Kedua-dua judul drama terbaru mereka merupakan adaptasi drama yang pernah disiarkan di United Kingdom sekian lama dulu.

Baru-baru ini, Han Ga In telah mengesahkan penglibatannya dalam drama adaptasi UK berjudul Mistress memegang salah seorang empat watak utama siri berkenaan. Beliau akan melakonkan watak Trudi Malloy, seorang janda yang kehilangan suami akibat kemalangan. Misteri kematian suaminya dijadikan pemangkin buat dirinya untuk menegak bela buat diri, mantan suami dan keluarganya. “Mistress” berkisarkan tentang empat sekawan perempuan yang akan buat apa saja untuk merealisasikan kehendak mereka dan seringkali berhadapan dengan perhubungan cinta yang merumitkan. Siri “Mistress” ini pernah diadaptasikan dalam versi Amerika Syarikat yang turut menampilkan pelakon Kim Yujin sehingga memenangi Best Foreign Drama dalam Seoul International Drama Awards, membuktikan populariti drama tersebut di rantau Korea. OCN Mistress yang diarahkan oleh PD Han Ji Seung (“tvN Valid Love, SBS Alone In Love”) bakal ditayangkan pada April depan selepas OCN Bad Guy 2.

Dalam perkembangan lain, Jung Kyung Ho pula sedang menimbang tawaran drama adaptasi UK juga berjudul “Life on Mars”.  Beliau akan memegang watak utama detektif polis, Sam Tyler (versi UK) yang bangkit semula tapi terpaksa menghuni jasad detektif polis pada masa lalu selepas terbabit dalam kemalangan pada masa sekarang. Sedikit menyerupai OCN Tunnel berkenaan konsep rentas masa, drama ini akan diarahkan oleh PD lee Jung Hyo (tvN Good Wife) yang berpengalaman dalam adaptasi drama sebelum ini.


Ini merupakan penampilan semula Han Ga In sejak 6 tahun tak berkecimpung dalam drama, kali terakhir menerusi MBC Moon Embraces the Sun bersama pelakon Kim Soo Hyun yang melayakkan beliau tercalon Best Actress 1st CARI Kdrama Awards. Manakala Jung Kyung Ho pula, sekiranya beliau menerima tawaran ini, drama ini merupakan kesinambungan beliau sebaik saja tvN Prison Playbook selesai ditayangkan tak lama lagi. Jung Kyung Ho telah meninggalkan impressi agak menakjubkan selaku warden penjara di dalam tvN Prison Playbook.

Sumber: is.plus , sport chosun

 

Komentar

comments

Admin Kmania.