/Kemanisan antara Yoon Doo Joon dan Kim So Hyun terserlah dalam preview Radio Romance

Kemanisan antara Yoon Doo Joon dan Kim So Hyun terserlah dalam preview Radio Romance

Drama KBS yang akan datang  iaitu Radio Romance menjanjikan chemistry yang hebat antara Kim So Hyun dan Yoon Doojoon.

Teaser pertama drama tersebut telah ditayangkan di 2017 KBS Drama Award di mana keduanya merupakan antara penyampai anugerah pada malam itu.  Kalau dilihat kedua pasangan tersebut berkongsi momen yang romantis dan bahagia dalam preview drama tersebut yang telah dikeluarkan pada 3 Januari lalu.

Radio Romance mengisahkan seorang A-list celebrity yang akhirnya bertukar kerjaya menjadi DJ Ji Su Ho (lakonan Yoon Doojoon), kerana dia tidak dapat berbuat apa-apa tanpa skrip, dan penulis skrip radio Song Geu Rim (lakonan Kim So Hyun), yang telah membawanya sebagai DJ. Drama ini juga akan mempertontonkan peristiwa-peristiwa yang tidak dijangka berlaku di stesen radio tersebut.

Dengan slogan drama “Adakah anda akan menemui cinta sebenar apabila mendengarkan radio?,” Ji Su Ho lantas mengambil headphone dari lehernya dan meletakkannya di telinga Song Geu Rim. Imej-foto itu juga menunjukkan kedua-dua watak  yang bersandar untuk aksi ciuman, dan secara tidak langsung ianya menjadi sebuah pengharapan cerah untuk sebuah drama romantis pertama pada tahun ini.

Kedua-dua pelakon juga berkongsi berkaitan apa yang mereka suka saat bekerjasama dalam drama romantis ini. Yoon Doojoon mengulas mengenai pasangannya Kim So Hyun, “Dia lebih muda daripada saya, tetapi dia seorang pelakon yang berpengalaman dan punya teknik lakonan yang hebat. Saya menonton dan mempelajari pelbagai teknik daripada beliau semasa penggambaran. “

Kim So Hyun kemudian berkata, “Sebelum ini saya pernah bertemu dengan Yoon Doojoon ketika dia membuat penampilan  khas melalui drama Bring It Ghost, jadi ianya sangat menarik bahawa kami dapat bekerjasama lagi  dalam satu produksi. Teaser pertama merupakan kali pertama kami difilemkan untuk pertama kali dan dia sangat bertimbang rasa. Saya rasa saya sangat bertuah. “

Radio Romance akan mula bersiaran pada 29 Januari pada pukul 10 malam KST, selepas tamatnya drama Jugglers.

Teaser Radio Romance

 

sumber : enews

 

Komentar

comments