2017 MBC Drama Awards: Kim Sang Joong rangkul daesang, Rebel menang Best Drama

Anugerah drama MBC yang berakhir semalam menobatkan drama MBC Rebel: Thief Who Stole The People sebagai Best Drama mengatasi drama-drama terbitannya juga seperti Ruler: Master of The Masks, Two Cops, dan Hospital Ship yang berjaya meraih ratings tertinggi bagi saban minggu. MBC Rebel: Thief Who Stole The People yang tercalon dalam 6th CARI Kdrama Awards dalam kategori Drama of The Year, Best Screenplay (“Hwang Jin Young”), Best Album Production dan Best Supporting Actress (“Honey Lee”) turut membawa pulang salah satu teraju utama dramanya, yakni pelakon Kim Sang Joong sebagai pemenang daesang. Drama ini juga menggondol Best Screenplay dan Top Excellence Actress in Monday-Tuesday drama melalui pelakon Honey Lee selain anugerah-anugerah kecilan seperti Best Child Actor.

Di kala syarikat penyiar MBC terpaksa berhadapan dengan demonstrasi pekerja yang berlarutan selama berminggu-minggu sehingga menjejaskan penayangan drama, MBC tetap menganjurkan anugerah tahunannya dengan jayanya. Dalam ucapan Kim Sang Joong berkenaan, beliau berterima kasih pada mereka yang memberikan sokongan padanya tahun ini.

“Tema drama ini mengangkat kemartabatan rakyat sesebuah negara untuk berjuang kerana dibelenggu penderitaan. Saya harap ‘Hong Amogae’ boleh dijadikan idola, ” katanya lagi.

Untuk kategori Best Actor (Mini Series) dan Best Actress (Mini Series) pula masing-masing dianugerahkan pada Yoo Seung Ho (“Ruler: Master of The Mask”) dan Ha Ji Won (“Hospital Ship”).

https://www.youtube.com/watch?v=w246k95IE3M

https://www.youtube.com/watch?v=G7LJDmOxmks

Sumber: yonhapnews , mknews

Komentar

comments

You may also like...