Laluan Baru Perkhidmatan KTX Terus Ke Bandar-bandar Olimpik Pyeongchang 2018

Sempena penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018, kereta api laju KTX ( Korea Train EXpress) telahpun membuka laluan baru daripada Seoul ke Gangneung. Laluan baru ini akan memudahkan anda bergerak terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon ke lokasi-lokasi tempat berlangsungnya acara Sukan Olimpik kelak.

kredit gambar : koreaconvention

Kenapa ianya mudah? Sebab, perjalanan anda kelak cuma mengambil masa kurang dari 2 jam berbanding mengambil perkhidmatan awam yang lain pastinya akan mengambil masa sedikit.

Info menarik mengenai laluan baru KTX ini.

  • Laluan baru dari Gyeonggangseon Wonju-Gangneung adalah sepanjang 120.7km dan pembinaannya mengambil masa selama 1 tahun dan 7 bulan.
  • 34 terowong dan 53 jambatan baru telah dibina. Salah satu terowong, terowong Daegwallyeong ( Daegwallyeong Tunnel ) di PyeongChang adalah terowong terpanjang di Korea dengan jarak sepanjang 21.7km.
  • Kelajuan maksimum KTX adalah 250km / j  antara ICN-Gangneung (275km) dan ini akan mengurangkan 5 jam masa perjalanan dengan menggunakan perkhidmatan kereta api Mugunghwaho.

Kadar tambang yang dikenakan

Stesyen KTX terbaru di bandar-bandar penganjuran Sukan Olimpik 

Dunnae Station

  • Terletak di Japogok-ri, Dunnae-myeon, Hoengseong-gun, Gangwon-do
  • Berdekatan dengan Welli Hill Resort, Phoenix Park dan bandar BBQ bagi Hanu (daging lembu Korea)

Jinbu (Odaeson) Station

  • Terletak di Songjeong-ri, Jinbu-myeon, PyeongChang-gun, Gangwon-do.
  • Anda boleh turun di stesyen ini jika anda ingin ke Alpensia Ski Resort yang merupakan lokasi bagi upacara pembukaan dan penutupan sukan Olimpik di PyeongChang Olympic Stadium

PyeongChang Station

  • Terletak di Jaesan-ri, Yongpyeong-myeon, PyeongChang-gun, Gangwon-do.
  • Lebih kurang 10km jaraknya dari  Bongpyong-myeon di mana terletaknya buckwheat flower field dan Lee Hyo Seok Cultural Hall

Gangneung Station

  • Bertempat di 176, Yongji-ro, Gangneung-si, Gangwon-do.
  • Para penumpang yang turun di stesyen ini perlu mengambil shuttle bus untuk ke  Gangneung Olympic Park semasa berlangsungnya 2018 PyeongChang Winter Olympic Games.

Info berkaitan perkhidmatan Shuttle Bas Sepanjang Olimpik Musim Sejuk 2018 PyeongChang

Baca : Impian merasai pengembaraan ke Temasya Sukan Olimpik PyeongChang 2018 dengan PyeongChang KORAIL Pass

Jika anda ingin mengembara ke PyeongChang dan Gangneung menaiki KTX, berikut adalah trip perjalanan yang dicadangkan.

Komentar

comments

You may also like...