Onew tinggalkan mesej penuh syahdu buat mendiang Jonghyun

Setelah hampir lima bulan tidak mengemaskini laman instagram nya, Onew telah memuatnaik satu luahannya berbentuk belangsungkawa buat rakan sekumpulannya dari Shinee, Jonghyun yang meninggal dunia tempoh hari akibat bunuh diri. Kenyataannya berbunyi, “Tak kisah siapa kamu, apa yang kamu buat. Tetapi, ingat satu perkara. Ada orang lebih menyayangi dirimu lebih dari dirimu sendiri. Saya akan sokong kamu dan cintai kamu, wahai sahabat.”

Mesej dimuatnaik dalam laman instagram.

Onew merupakan ketua kumpulan Shinee dan pernah terbabit dengan kontroversi dakwaan seksual semasa mengunjungi kelab malam beberapa bulan yang lepas. Atas dakwaan itu, beliau digugurkan daripada membintangi drama jtbc Age of Youth 2. Tambah menyedihkan lagi, beliau turut memuatnaik gambar berlatarbelakangkan warna hitam sebagai penghormatan buat mendiang.

Onew di majlis pengkebumian Jonghyun.

Majlis pengkebumiaan Jonghyun semalam dihadiri ramai termasuklah Minho, Onew, Key dan Taemin selain diberi penghormatan oleh rakan-rakan selebriti dalam satu agensi seperti Krystal Jung, Yoona, Suju dan lain-lain. Sewaktu hayatnya, Jonghyun mengaku terasa sangat keseorangan tanpa sesiapa pun pernah mempedulikan ‘kehadiran’ nya ditambah lagi sifat “perfectionist” yang ingin memastikan kejayaan yang terbaik buat dirinya dan peminat.  Berhadapan dengan masalah kemurungan berpanjangan, beliau bertekad untuk membunuh diri kemudiannya.

Sumber: Instagram Onew

 

Komentar

comments

You may also like...