EXO buat persembahan penghormatan untuk Jonghyun

Kumpulan EXO turut memberi ucapan penghormatan buat mendiang Jonghyun sewaktu persembahan julung-julung kali mereka di Fukuoka, Jepun semalam.

“Kim Jonghyun, seorang yang berbakat dalam penulisan lagu dan seni persembahan, telah meninggalkan kita selama-lamanya. Kami tidak mungkin dapat bersama dengannya lagi, dan ia betul-betul memilukan perasaan kami.”

Mesej tersebut juga diterjemahkan ke bahasa Jepun supaya peminat Jepun turut bersimpati dan menghayati bersama.

Beberapa selebriti  termasuklah TVXQ dan Taeyeon turut memulakan persembahan dengan ucapan takziah buat rakan mereka, Jonghyun.

Jonghyun merupakan ahli kumpulan Kpop popular, Shinee membunuh diri akibat mengalami masalah kemurungan berpanjangan. Kematiannya diratapi oleh peminat Kpop seluruh dunia sehingga ada ura-ura mengatakan beberapa peminat turut bertekad mengikuti langkah Jonghyun ke alam kubur walaupun tak dipastikan kesahihannya.

Penghormatan terakhir juga dilakukan oleh peminat Kpop di Malaysia terutamanya di kalangan Shawol (peminat Shinee) sehingga mencetuskan perdebatan antara netizen tentang kewajaran wanita Islam yang bertudung mengunjungi acara berkenaan.

Sumber: xsportnews

Komentar

comments

You may also like...