Buat rujukan untuk jadi macam Gong Yoo. Sama Tak? – Fattah Amin

Demam MY Coffee Prince semestinya semakin menular dikalangan peminat drama Malaysia. Ada yang menyokong ada juga sebaliknya.

Pada yang telah menonton Coffee Prince versi asal (Korea), apa pendapat anda mengenai pelakon utama drama ini, iaitu Fattah Amin? Apakah beliau berjaya membawakan watak asal lakonan Gong Yoo sebagai Choi Han Kyul? Korang rasa menjadi atau tidak Choi Han Kyul versi Malaysia?

Pelbagai maklumbalas terus menular sebaik sahaja berita mengenai drama ini mendapat perhatian media. Ada yang mengatakan Fattah terlalu mencuba untuk menjadi seperti watak asal, jadi tidak kelihatan seperti semulajadi. Ada juga yang menyatakan kenapa perlu untuk membandingkan versi asal dan versi Malaysia kerana setiap pelakon punya kelebihan serta keistimewaan tersendiri. Ada juga yang berkata Fattah tidak akan sama dengan Gong Yoo.

Ini jawapan Fattah Amin;

“Saya akui mengubah penampilan untuk kelihatan seperti aktor Korea, Gong Yoo demi menjayakan watak saya dalam drama bersiri Coffee Prince versi Malaysia (MY Coffee Prince). Saya juga membuat banyak rujukan mengenai watak utama drama yang dibawakan oleh  Gong Yoo iaitu Choi Han Kyul sebelum menjalani penggambaran MY Coffee Prince. Saya melihat kepada gaya penampilannya dan saya belajar sedikit demi sedikit cara bagaimana untuk menghidupkan watak Choi Han Kyul versi Malaysia. Ini inisiatif saya untuk mendapatkan feel dan gaya seperti Gong Yoo. Untuk itu, saya juga telah menonton kesemua episode drama Coffee Prince untuk menjiwai karakter tersebut. Ada juga memberitahu saya kelihatan kurus serta berambut panjang dan tidak bersesuaian dengan imej saya, tetapi apa yang saya lakukan hanyalah kerana karakter untuk drama tersebut.”

My Coffee Prince adalah sebuah drama re-make dari versi asal (Korea) Coffee Prince. Agak mustahil untuk menghasilkan atau copy paste 100% versi asal, tetapi sekurang-kurangnya, para pelakon telah mencuba untuk memberikan yang terbaik. Kita sebagai penonton, janganlah terlalu rigid. Jangan terlalu membandingan dengan versi asal. Apapun, masing-masing punya pendapat, tetapi apapun yang cuba kita sampaikan biarlah berpada-pada. Apa kata kita menyokong drama Malaysia dan sokong artis Malaysia. Kesian artis sendiri dikecam tetapi artis luar dibangga serta dipuja.

Selain Fattah, Coffee Prince turut dibintangi oleh Janna Nick, Fahrin Ahmad dan Diana Danielle. Versi asal Coffee Prince dilakonkan oleh Gong Yoo, Yoon Eun Hye, Lee Sun Kyun dan Chae Jung An.

Jangan lupa saksikan MY Coffee Prince arahan Michael Ang yang secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123), setiap Isnin – Khamis bermula jam 10 malam.

Sumber : Astro Gempak

Komentar

comments

You may also like...