Preview Filem Pendek Park Hyun Sik dan Han Ji Min

Filem pendek lakonan Park Hyung Sik dan Han Ji Min yang bertajuk Two Lights: Relúmĭno akan ditayangkan tidak lama lagi.

Two Lights: Relúmĭnoadalah sebuah filem pendek mengenai  Park Hyung Sik yang membawakan watak In Soo dan Han Ji Min sebagai Soo Young, di mana keduanya mengalami cacat penglihatan. Poster yang dikeluarkan menunjukkan mereka berdiri di hadapan satu sama lain, dengan kapsyen, “Bolehkah anda melihat saya?”

Treler menunjukkan pertemuan In Soo dan Soo Young buat kali pertama di pusat kebajikan. Keduanya mula menunjukkan minat di antara satu sama lain.  Satu adegan menunjukkan Soo Young membuat pengakuan, “Saya suka kamu, In Soo,” tetapi In Soo menjawab, “Maaf,” dan terus berlalu pergi. Apakah yang akan berlaku kepada mereka berdua? Mari kita nantikan tayangan filem pendek ini yang akan disiarkan tidak lama lagi.

Sebelum itu, saksikan sedikit sedutan filem ini.

Two Lights: Relúmĭno akan ditayangkan secara dalam talian pada 21 Disember pada pukul 3 petang KST.

Komentar

comments

You may also like...