Ko Ko Bop, Exo Merupakan Lagu Paling Banyak Di ‘Tweet’ Untuk Tahun 2017

Lagu Ko Ko Bop oleh Exo berjaya memenangi kategori lagu paling banyak diperkatakan di Twitter untuk tahun 2017

Menurut sumber, lagu nyanyian EXO,  Ko Ko Bop telah mengatasi lagu K-pop lain dengan jumlah ‘Tweet” paling banyak di dunia. Tambahan pula, akaun Official Twitter Exo (@weareONEexo) yang telah dibuka secara rasmi pada 8 Julai 2017, membuktikan kepada dunia bahawa mereka mempunyai bilangan pengikut paling ramai bagi akaun yang baru diwujudkan.

Selain itu, lagu Koko Bop juga mendapat perhatian ramai apabila sekumpulan peminat menyertai Ko Ko Bop Challenge di mana peminat Exo (EXO-L) meniru adengan break dance yang dipertontonkan dalam muzik video asal  Koko Bop. Cabaran ini telah menular di Argentina dan Filipina di mana kedua-dua negara ini  menjadi perintis kepada Ko Ko Bop Challenge.

Untuk makluman tambahan, pada 12 Disember yang lepas muzik video Ko Ko Bop versi Korea telah melepasi  100 juta tontonan dan ini menjadikan muzik video ke-6 EXO yang mendapat tontonan melebihi 100 juta. Jom saksikan muzik video mereka.

Sumber : Naver

Komentar

comments

You may also like...