Ha Sung Woon, Hwang Min Hyun, Kang Daniel, Ong Sung Woo, dan Park Woo Jin tampil sebagai H.O.T sempena 2017 SBS Gayo Daejun

gambar ihsan AllKpop

Lima anggota Wanna One  akan memberi penghormatan kepada kumpulan idola generasi pertama H.O.T pada 2017 SBS Gayo Daejun!

Sumber  dari SBS mengesahkan, “Ha Sung Woon, Hwang Min Hyun, Kang Daniel, Ong Sung Woo, dan Park Woo Jin dari kumpulan Wanna One akan bertukar menjadi versi baru H.O.T. Bagaimanapun, lagu yang akan mereka bawakan masih belum dimuktamadkan, tetapi ia akan disusun, digubah serta menampilkan koreografi yang mengikut trend masa kini. Kelima-lima idol itu mungkin akan mempersembahkan lagu hit kumpulan H.O.T yang berjudul We Are The Future ,”.

Setakat ini, antara persembahan istimewa lain yang akan dipersembahkan di SBS Gayo Daejun 2017 termasuklah koloborasi antara Uhm Jung Hwa dan Sunmi. Pengacara majlis yang terdiri daripada  Yoo Hee Yeol dan IU juga dilaporkan bakal berkoloborasi untuk membuat persembembahan. Pengacara rancangan hiburan Inkigayo Jinyoung GOT7, Jisoo BLACKPINK, dan Doyoung NCT juga dilaporkan akan membuat persembahan bersama-sama.

Selain itu, EXO, BTS, dan Wanna One akan menghadiri acara ini.  Sementara itu Red Velvet, Heize, BLACKPINK, BTOB, GFRIEND, WINNER, Bolbbalgan4, Sunmi, TWICE, dan IU antara idol yang akan membuat persembahan. Bagaimanapun, beberapa lagi idol akan membuat persembahan namun belum diumumkan siapakah mereka yang bakal beraksi.

SBS Gayo Daejun 2017 akan berlangsung di Gocheok Sky Dome pada 25 Disember, jam 5:50 pagi. KST.

Sumber : xportsnews, naver

Komentar

comments

You may also like...