Ha Ji Won merangkul “Kmania Top Star” untuk bulan November 2017

Carta Kmania Top 10 Stars edisi bulan November menobatkan pelakon Ha Ji Won, ratu kdrama, sebagai juara Kmania Top Star di atas undian tertinggi diperolehinya, sekaligus merampas takhta yang dimiliki oleh pelakon Lee Jong Suk yang jatuh ke posisi no. 5. Carta edisi November ini juga berjaya menidakkan penguasaan pelakon-pelakon drama SBS While You Are Sleeping di tangga tertinggi. Mari kita lihat satu-persatu.

Populariti Ha Ji Won mencanak naik barangkali disebabkan kehadirannya di Kuala Lumpur dua minggu lepas bagi mempromosikan filem Manhunt. Kedatangannya disambut dengan sorakan padu penonton daripada pelbagai lapisan masyarakat Malaysia. Ha Ji Won juga baru saja selesai membintangi drama MBC Hospital Ship  yang ditayangkan di cenel Oh K Malaysia beberapa minggu lepas.

Di tempat ke-2 menyaksikan Ji Min daripada kumpulan BTS menduduki di posisi tersebut. Penerimaan single “Mic Drop” yang baik dan kemunculan BTS di American Music Awards telah membantu menambahkan lagi undiannya di kalangan penonton Malaysia. Kang Daniel dan G Dragon pula masing-masing melonjak naik daripada kedudukan 4 dan 8 dalam edisi October kepada 3 dan 4 untuk edisi kali ini menjadikan populariti mereka bukan calang-calang hebatnya.

Pelakon Jang Nara yang dikenali semula menerusi drama KBS Go Back Couple berada di posisi no. 6. Jang Nara juga telah dinobatkan sebagai pelakon yang mempunyai jenama paling popular baru-baru ini oleh sebuah portal Korea sekaligus membuktikan namanya juga senada popular di tanah air kita. Lee Jong Suk dan Jung Hae In merupakan pelakon drama SBS While You Are Sleeping masih kekal dalam carta (hanya Suzy terkeluar) masing-masing di kedudukan no. 5 dan no.7.

Satu kejutan menyaksikan pelakon Jung So Min yang kurang dikenali sebelum ini berjaya menempatkan dirinya di tangga ke-8 untuk carta Top 10 Stars kali ini. Lakonannya yang tampak naif tapi rupanya tegas bersama Lee Min Ki di dalam tvN Because This is My Life telah membuka hati rakyat Malaysia untuk mengundi beliau. Kai daripada kumpulan EXO dan Seung Ri yang seakan-akan menggantikan Taeyang tersenarai pada carta bulan lepas masing-masing berada di kedudukan no. 9 dan no.10. Lakonan Kai dalam KBS Andante serta aktivitinya bersama EXO telah menyebabkan bertambah undiannya di kalangan rakyat Malaysia.

Keseluruhan carta Kmania Top 10 edisi November 2017 boleh dilihat di bawah berdasarkan undian top 30 dijalankan sejak tiga hari yang lepas.

NO.

Top 10 Stars

Name

1 Ha Ji Won
2 Jimin (BTS)
3 Kang Daniel (Wanna One)
4 G Dragon (Big Bang)
5 Lee Jong Suk
6 Jang Nara
7 Jung Hae In
8 Jung So Min
9 Kai (EXO)
10 Seungri (Big Bang)

Klik sini -> https://kmania.info/2017/12/01/ha-ji-won-merangkul-kmania-top-star-untuk-bulan-november-2017/

Komentar

comments

You may also like...