Mayat pelakon veteran Lee Min Ji ditemui di rumahnya selepas dua minggu

Lee Min Ji, seorang pelakon veteran yang  sering membawa watak pembantu di dalam drama, telah dilaporkan meninggal dunia dua minggu lepas tetapi mayatnya baru saja ditemui kelmarin oleh adiknya. Ia berlaku rentetan jiran bersebelahan rumahnya yang mengadu bau busuk  berpanjangan seperti mayat sedang mereput pada pihak polis sehingga menyebabkan keluarga terdekatnya datang melawat rumah berkenaan.

Mengikut siasatan awal polis, tiada tanda-tanda yang menunjukkan homisid dan mendiang mati kerana komplikasi penyakit berkaitan buah pinggang. Mendiang tinggal berseorangan di Seoul selama bertahun-tahun.

Lee Min Ji pernah membintangi drama MBC “The Moon of Seoul” sebagai kekasih hati buat pelakon Han Suk Kyu. Drama terakhir lakonannya ialah KBS “Daddy is Coming” dan drama bersiri, KBS  “Merchant Kim Man Deok”.

Jenazahnya diletakkan di Hospital St. Mary, Seoul untuk autopsi lanjut sebelum dikebumikan oleh keluarganya di Jangji is Incheon Family Park pada 29 November esok.

Sumber: hankookilbo , sport chosun

Komentar

comments

You may also like...