Cinta deejay: Gandingan Kim So Hyun & Yoon Do Joon dalam KBS Radio Romance

KBS Radio Romance memantapkan pemilihan pelakonnya dengan menampilkan Kim So Hyun sebagai suri hati buat deejay radio yang dilakonkan oleh Yoon Do Joon.  Namun, ianya belum disahkan lagi oleh pihak agensi hiburan baru (Lo Yen) yang akan mewakili Kim So Hyun.

Kim So Hyun akan memegang watak wanita di usia pertengahan 20-an sebagai penulis skrip berpengalaman lima tahun dalam mengendalikan program berkenaan juruhebah radio. Dia seorang penulis skrip radio yang mempunyai motivasi tinggi dan perancangan yang bagus.

Mengikut sinopsis awal dikeluarkan penerbit, KBS Radio Romance bermula dengan keadaan dimana seorang selebriti di kemuncak kerjayanya terpaksa meninggalkan kerjayanya selepas terperangkap dalam slot rancangan radio selama dua jam. Beliau terpaksa mengendalikan program itu secara langsung dan spontan tanpa skrip dalam tangan.

Ini merupakan drama terbaru Kim So Hyun sejak MBC Ruler: Master of The Masks yang ditayangkan Mei lepas bersama Yoo Seung Ho. Tiada maklumat lengkap mengenai siapakah pengarah dan penulis skrip yang akan menerajui projek ini. KBS Radio Romance dijangka disiarkan pada awal Jan 2018.

Sumber: star.mk

Komentar

comments

You may also like...