Lee Sung Kyung jadi pelakon teater muzikal berkuasa ghaib dalam tvN About Time?

Sudah lama tak dengar khabar berita mengenai Lee Sung Kyung. Kali ini, pihak agensi hiburan YG yang mewakili Lee Sung Kyung menyatakan dia sedang pertimbangkan untuk drama terbaru terbitan tvN berjudul “About Time”.

tvN About Time berkisarkan tentang seorang pelakon baru berjinak dalam teater muzikal yang mempunyai kuasa ghaib meramalkan jangka hayat kehidupan seseorang dengan pandangan matanya saja. Nampak macam drama yang betul-betul “supernatural” tapi mungkin diolah dalam bentuk komedi “slice-of-life”. Pengarah Kim Hyung Sik yang dipertanggungjawabkan untuk menerajui drama ini dikenali dengan genre berunsurkan “thriller” dan juga “slice-of-life” masing-masing menerusi SBS Ghost serta SBS Sign dan tvN Twenty Again, maka penonton boleh menjangkakan tvN About Time diolah romantik komedi bersadurkan suspens thriller.

Melalui watak ini, Lee Sung Kyung akan berjumpa dengan seorang lelaki biasa yang dapat membiasakan dirinya dengan kuasa ghaib nya itu, lantas bersama-sama membanteras tragedi yang berlaku ke atas mereka yang mungkin terkena badi atau tulah Lee Sung Kyung. Jika anda baru saja menonton SBS While You Are Sleeping, drama ini ada sedikit serupa cuma membezakannya adalah kaedah ‘kuasa ghaib mata’ berbanding ‘mimpi’ yang digunakan.

tvN About Time merupakan drama terbaru Lee Sung Kyung sejak MBC Weightlifting Fairy Kim Bok Joo sebagai atlit angkat berat yang digandingkan bersama aktor Nam Joo Hyuk. Mereka pernah bercinta selama berbulan-bulan sebelum mengakhiri perpisahan pada Ogos lepas.

Sumber: OSEN

Komentar

comments

You may also like...