B.A.P Bersedia Menggegarkan Industri Muzik K-Pop Disember Ini

Album ‘BLUE” yang telah dikeluarkan pada September lalu

Akhirnya, penantian yang ditunggu tunggu peminat Kpop dan Baby,gelaran peminat fanatik B.A.P  kembali semula ke industri muzik Kpop. Yeayyy! !! Baby,Are You Ready?

Pada 21 November, sebuah portal berita  melaporkan B.A.P sedang bersiap sedia dengan kemunculan album baru mereka pada Disember ini.B.A.P atau Best Absolute Perfect, kumpulan boyband yang dianggotai oleh 6 orang ahli iaitu Yongguk, Himchan, Zelo, Yougjae, Daehyun dan Jongup yang bernaung di bawah syarikat TS Entertainment. B.A.P debut pada 26 Januari 2012 iaitu lebih 5 tahun yang lepas. Setiap ahli mempunyai tarikan tersendiri dan aura yang membuatkan antara pendatang baru yang agak popular semasa 2012.

Teaser dikeluarkan pada tengah malam 23 November .

Menurut sumber terdekat, B.A.P sedang berada di proses akhir pembikinan muzik video dan rakaman lagu untuk album seterusnya. Dijangkakan pada tahun 2018, perancangan jadual B.A.P akan menjadi sibuk dan mereka akan membuat persembahan konsert tour di 18 buah negara dan 24 persembahan bermula pada bulan Mac. Selain itu, aktiviti solo ahli B.A.P akan kembali ke industri dan hali akan bergiat secara aktif sepanjang tahun 2018. Album yang bakal dikeluarkan pada Disember ini  merupakan album kedua mereka selepas  ‘BLUE” pada September lalu.

Sumber: tenasia

Komentar

comments

You may also like...