[Video] BTS menghangatkan pentas American Music Awards 2017

Kumpulan Kpop paling berpengaruh di rantau dunia sekarang ini, BTS, telah pun mengadakan persembahan sulungnya di bumi Amerika ketika American Music Awards 2017 berlangsung sebentar tadi. Pasti ada antara peminat ternanti-nanti reaksi penonton yang menyaksikan BTS mempersembahkan single “DNA” sambil memukau mata mereka dengan tarian begitu mantap dan mengujakan.

Ada penonton beranggapan persembahan BTS pada malam itu antara yang diingati mereka selain persembahan oleh penyanyi Lady Gaga dan Pink! . American Music Awards 2017 menyaksikan Bruno Mars dinobatkan Artist of The Year mengalahkan The Chainsmokers, Drake , Kendrick Lamar dan Ed Sheeran. BTS dijangka akan menyertai sesi bual bicara bersama Ellen Degenerens esok, 21 November.

Saksikan video persembahan BTS di bawah.

https://openload.co/f/g8p0njjXQEo/PersembahanBTS.mp4

Sumber/ Kredit: AMA Awards

 

Komentar

comments

You may also like...