Pelakon While You Were Sleeping Kongsi Perasaan Selepas Drama Berakhir

Para pelakon drama “While You Were Sleeping” berkongsi pandangan dan perasaan mereka selepas berakhirnya drama tersebut.

Apabila ditanya mengenai adegan apa yang paling tidak dapat dilupakan, Suzy memberitahu adegan  Hong Joo memotong rambutnya sendiri. Dia berkata, “Ia perlu dirakamkan dalam 1 shot serta perlu bermain dengan emosi, jadi saya merasakan banyak tekanan.”

Dia menambah, “Saya sangat gembira kerana saya dapat membawakan watak sebagai seorang wartawan, dan saya banyak buat membuat persediaan serta latihan kerana saya mahu memainkan watak dengan baik. Bila saya fikirkan kembali, saya sangat gembira semasa membawakan watak Nam Hong Joo. Ia adalah satu projek drama yang membuatkan saya teruja untuk bekerja. “

Dia akhirnya berterima kasih kepada penonton yang setia menonton dan mencintai Hong Joo sepanjang drama ini bersiaran.

Lee Jong Suk juga tidak ketinggalan untuk berkongsi perasaannya selepas drama ini tamat. Menerusi akaun Instagram peribadi beliau, dia memuatnaik foto-fotonya semasa memainkan watak Jung Jae Chan dengan kapsyen, “Kami memulakan penggambaran ketika cuaca sejuk, dan kini kami sedang menyesuaikan pakaian kami untuk musim sejuk kali ini  pula. Untuk memisahkan watak Jung Jae Chan dengan Lee Jong Suk rasanya agak sukar bagi saya kerana keduanya telah bersama selama setahun. Jadi watak Jae Chan amat dekat dengan saya. “

Dia meneruskan, “Menonton [drama] apabila ia ditayangkan terasa teruja bagi saya, dan apabila drama ini telah tamat, ianya membuatkan saya berasa kosong kerana tiada lagi perasaan untuk  menunggu episode baru pada minggu hadapan. Saya sangat menghargai mereka yang menyukai Jung Jae Chan. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pengarah, pelakon, dan semua krew pengambaran ini. Tidak lupa ucapan terima kasih kepada saya mentor saya Kim Won Hae. Saya sangat mengagumi anda, dan setiap masa (dengan anda) adalah seperti hadiah yang bermakna untuk saya. “

Jung Hae In, yang membawakan watak Han Woo Tak, berkata, “Saya sangat bernasib baik untuk bertemu dengan mereka  yang hebat dan melakonkan drama yang hebat. Ini kerana kami selesai pengambaran drama sebelum ianya disiarkan, jadi ia memberi saya dua impak yang berbeza – Pertama, saya sedih apabila penggambaran selesai, dan keduanya saya berasa sedih apabila drama ini telah berakhir. “

Dia menambah, While You Were Sleeping adalah sebuah drama yang bermula pada saat saya bakal menginjak usia 30 tahun dan ia merupakan suatu perkara yang sangat bermakna dalam hidup saya selama setahun ini, jadi saya menjadi lebih sedih. Saya rasa drama ini akan saya ingati untuk jangka masa yang lama. “

Akhir sekali, Lee Sang Yeob berkata, “Ia adalah satu penghormatan  bagi saya untuk bekerja dengan penulis, pengarah, pelakon yang menakjubkan, dan krew penggambaran drama yang saya kagumi. Dalam drama ini, saya tidak terfikir ada penonton yang akan tersenyum untuk watak Yoo Beo, jadi saya rasa, ‘Watak ini sangat kesepian.’ Namun, [penonton] masih lagi ambil berat mengenai saya; jadi ia adalah saat yang penuh dengan kebahagiaan. “

sumber : naver 1 | naver 2 | naver 3 | naver 4

Komentar

comments

You may also like...