[Ulasan] Album Wanna One, “Nothing To You” buat peminat mereka menangis !

Senarai lagu album “Nothing To You”.

Seperti yang dijangka, kemunculan semula album terbaru Wanna One pada 13 November yang lalu terus mendapat sambutan hangat dari peminat-peminat mereka. Album repacakage yang bertajuk ‘Nothing Without You‘ telah memuatkan 4 lagu baru dan 7 lagu yang dirakam semula dari album pertama. Album baru ini juga dilancarkan serentak dengan video klip lagu baru mereka yang berjudul ‘Beautiful’.

Dalam masa yang singkat, album tersebut terus mendominasi carta musik utama Melon dengan mencatat 102.869 pendengar dalam tempoh satu jam selepas dilancarkan. Malah turut memecahkan rekod album pertama ‘Energetic’ yang turut mencatat 99.748 pendengar dalam tempoh yang sama.

Klip adegan terkandung dalam MV Beautiful.

Lagu emosional ‘Beautiful’ yang berirama balada dengan sentuhan hip hop ciptaan komposer terkenal Tenzo dan Wooziq telah memberi peluang kepada setiap ahli kumpulan untuk menunjukkan kekuatan vokal masing-masing. Walapun pun ada kedengaran rungutan dari peminat yang mempertikaikan tentang pembahagian nyanyian yang tidak seimbang. Namun lagu ini terus menjadi carian yang terbanyak di youtube.

Video klip ‘Beautiful’ yang berdurasi lebih kurang 8 minit ini turut dilakonkan oleh aktor terkenal Cha Seung Won dengan dibantu kesebelasan pelakon cilik yg telah dipilih sendiri oleh ahli-ahli Wanna One. Watak dan bakat lakonan ahli kumpulan Wanna One sendiri turut menjadi bualan peminat.

Tetapi, seperti ada sesuatu yang menarik didalam album kali ini, terutamanya lagu ‘Beautiful’, seolah-olah pihak YMC sengaja ingin memainkan perasaan peminat-peminat setia mereka. Rata-rata yang menonton video klip ini akan menangis. Jalan cerita yg sangat tragis, kisah perpisahan antara dua beradik yang tidak dirancang ditambah dengan kerinduan yg menebal. Semua ini membuat peminat semakin sebak. Biar pun ada adengan gelak tawa namun semua itu tidak dapat menahan air mata mereka dari terus mengalir. Persahabatan akrab yang ditonjolkan dalam video klip ini seolah-olah membayangkan diri sebenar mereka yang ingin terus bersama dan menjadi satu sampai bila-bila!

Wanna One mempersembahkan lagu “Beautiful” di sebuah pentas terkemuka Mnet pada 13 November lepas.

Menyelami perasaan beberapa orang peminat Wanna One dari kumpulan Facebook Wannables Malaysia (WOMY), masing-masing meluahkan perasaan sedih, marah dan hiba yang teramat sangat bila melihat banyak kesedihan didalam video klip tersebut.

Bagi Azliza, ‘Beautiful’ berkisar kepada ketakutan, rasa rindu masa lampau yang terus menghantui mereka hingga sekarang malah lagu tersebut terus mengingatkan bagaimana kalau mereka dibubarkan nanti. Sesuatu yang tidak mungkin dapat dibayangkan oleh semua peminat Wanna One.

Begitu juga dengan Nasuha, Adzura dan Sienar Nurieman, terasa seolah olah mereka telah diminta bersedia untuk menerima bila tiba masanya kumpulan Wanna One dibubar dan kembali kepada syarikat asal masing-masing. Mampukah mereka menghadapai semua ini???

Biar apa pun, sebagai peminat Wanna One yang matang, pastinya mereka akan terus memberi sokongan.
Moga kata-kata ‘I miss you so much’ dalam lagu ‘Beautiful’ akan terus menjadi azimat buat Wannables !

Komentar

comments

You may also like...