Kim Hee Sun, pemenang “daesang” buat Asian Artist Awards 2017

Kim Hee Sun dan EXO , pemenang masing-masing untuk anugerah daesang.

Tahniah  Kim Hee Sun! Anda layak memenangi daesang dalam Asian Artist Awards 2017 berlangsung tadi atas lakonan yang sungguh “classy” , “fashionista” dan berani selaku Woo Ah Jin.

Drama Woman of Dignity yang meraih rating tertinggi cenel kebel jtbc sebanyak 12% membuktikan Kim Hee Sun bukan calang-calang orangnya. Kim hee sun pernah ditanya bagaimana dia boleh watak Woo Ah Jin dengan berkesan,

“Apabila pelbagai krisis dihadapi Ajin, segalanya berubah. Saya mahu mencari cara untuk memaksimumkan dan menghubungkan perubahan ini di hadapan penonton kerana emosi yang melimpah ruah. Saya ingin tonjolkan pelbagai variasi emosi dalaman, macam mana seorang begitu marah tapi ditunjukkan dengan kekal harga diri”.

Begitulah yang diungkapkan Kim Hee Sun menerusi Woo Ah Jin yang membuat penonton terkenang-kenang akan lakonannya sehingga kini. Semasa naik ke atas pentas menerima anugerah ini sebentar tadi, Kim Hee Sun mendedikasikannya kepada penonton yang begitu tetap memberikan sokongan padanya walaupun sudah berkahwin. Sambil memegang erat trofi tersebut , “Inilah hasil kerja selama 22 tahun”, katanya lagi.

Tahniah diucapkan di atas kemenangan bersejarah ini. Kami berharap anda tercalon dalam kategori Best Actress dan Popular Actor pada 6th CARI Kdrama Awards. Pemenang daesang Asian Artist Awards 2016, Cho Jin Woong sudah pun merangkul Best Actor, mungkinkah peluang Kim Hee Sun lebih terserlah?

Akhir bicara, pihak redaksi Kmania ingin merakamkan ucapan tahniah pada EXO, pemenang daesang kategori kpop, Nam Goong Min, Yoona dan Park Hae Jin untuk kategori Best Artist. Tahniah juga pada pemenang-pemenang lain seperti Wanna One dan Park Shin Hye.

Sumber: OSEN

Komentar

comments

You may also like...