Rebuti peluang temui Ha Ji Won esok (15/11/2017) sempena tayangan filem Manhunt

Jazzy Pictures selaku penerbit filem Manhunt akan membawa pelakon Ha Ji Won dan pengarah John Woo turun padang ke Kuala Lumpur esok sempena tayangan filem berkenaan. Beliau akan menemui peminat pada 7.00 petang esok, 14 November 2017 di Pavilion KL disusuli dengan tayangan perdana filem untuk peminat yang bertuah pada pukul 9.00 malam di TGV Sunway Velocity Mall.

Filem Manhunt pernah ditayangkan ketika di Festival Filem Antarabangsa Venice, Toronto dan Busan baru-baru ini dan mendapat ulasan yang agak baik di kalangan pengkritik filem. Antaranya, Peter Bradshaw daripada portal Guardian yang memuji gambaran aksi berterusan sehingga mengujakan penonton. John Woo merupakan pengarah yang mahir dalam aksi “slow-motion”. Filem arahan John Woo iaitu “The Killer” (1989) merupakan filem kegemaran pengarah memenangi Oscar, Quentin Tarantino kerana mempamerkan aksi-aksi brutal yang amat berkesan. Kedua-dua filem arahan beliau sebelum ini, “Red Cliff” dan sekuelnya mencatatkan kutipan box office tertinggi di China sehingga mengatasi rekod yang pernah dikecapi oleh filem Titanic.

Manhunt berkisarkan tentang seorang lelaki dilakonkan oleh Zhang Hanyu yang dituduh merogol dan merompak, terpaksa berhempas pulas untuk memulihkan namanya kembali. Gandingannya bersama pelakon Ha Ji Won yang terkenal dengan aksi “stunt” nya bakal menjadikan filem ini lebih menarik lagi. Bagi sesiapa yang baru saja selesai menonton drama MBC Hospital Ship, pasti lakonan Ha Ji Won belum lagi lekang daripada ingatan anda. Jom rebuti peluang temui Ha Ji Won di Pavilion, esok bersama kami dengan sertai peraduan di sini:  >>KLIK SINI<<  . Pemenang akan diumumkan pada jam 10 malam ini.

Manhunt merupakan adaptasi daripada novel “Hot Pursuit” yang diterbitkan pada 1976 hasil nukilan Juko Nishimura. Ia akan mula ditayangkan secara rasmi di serta panggung wayang terletak di Kuala lumpur, Malaysia pada hari Khamis 23 November ini.

Sumber: jazzy pictures

 

Komentar

comments

You may also like...