Park Seo Joon sertai musim ke-2 tvN Youn’s Kitchen arahan PD Na Young Seok

Park Seo Joon akan menyertai program realiti tv arahan PD Na Young Seok iaitu tvN Youn’s Kitchen untuk musim ke-2. Beliau akan mengisi kekosongan watak pemuda yang tiada dalam program berkenaan sekaligus menyemarakkan lagi keanggotaan program ini yang disertai selama ini oleh Youn Yuh jung, Shin Goo, Lee Seo Jin dan Jung Yu mi. Beliau ialah seorang pelajar universiti yang bekerja secara sambilan sebagai pelayan restoren yang dikendalikan oleh Youn Yuh Jung dan Lee Seo Jin. Daripada maklumat diterima, beliau akan menggantikan Shin Goo.

Beberapa agensi media melaporkan Park Seo Joon sedang pertimbangkan lagi tawaran berkenaan tapi majoriti bersetuju Park Seo Joon akan mengesahkan keanggotaannya tak lama lagi sebaik saja proses rundingan dengan pihak produksi selesai. Tambahan lagi, siapa yang akan menafikan tawaran daripada PD program realiti tv paling tersohor di Korea Selatan, Na Young Seok yang sudah pun dianugerahkan Daesang berulang-ulang kali. tvN Youn’s Kitchen untuk musim pertama turut mencatat “ratings” tertinggi program realiti tv dalam sejarah cenel kabel iaitu sebanyak  13.5%.

Youn’s Kitchen ialah sebuah program realiti tv korea berkisarkan tentang pengembaraan dialami oleh anggota-anggota program berkenaan apabila mereka bersedia membuka restoren selama sepuluh hari di pulau Gili Trawangan, Lombok, Indonesia. Program ini dipuji kerana berjaya menunjukkan interaksi krew dengan pelanggan , bagaimana mereka menghadapi dilema untuk meneruskan perniagaan walaupun dihimpit kerugian dan keindahan pulau tropika daripada kaca mata penonton. Youn Yuh Jung ialah pemilik restoren dan juga pemasak utama manakala Lee Seo Jin pula ialah pengurus beliau.  Jung Yu Mi bertindak sebagai pemasak sous.

Park Seo Joon baru saja membintangi drama KBS Fight My Way bersama Kim Ji Won. Ini merupakan penyertaan beliau pertama dalam program realiti tv sejak SBS Running Man dan KBS 2 Days 1  Night.

Sumber: OSEN

Komentar

comments

You may also like...