Ikuti temubual Exclusive bersama VAV yang sempoi sempena Meet & Greet di Malaysia

VAV MEET & GREET DI MALAYSIA

Pada akhir bulan Oktober lepas telah berlangsung sesi “VAV Meet & Greet in Malaysia” di pusat membeli belah Sunway Pyramid Petaling Jaya. Kunjungan julung kali 7 anak muda ini adalah merupakan kali pertama menjejakkan kaki di Malaysia. Kunjungan selama 3 hari mereka di Malaysia adalah untuk sempena pelancaran album single terbaru mereka berjudul “She’s Mine”. Untuk pengetahuan juga, mereka pernah menjejakkan kaki di Malaysia pada awal tahun 2016 bagi menjalani pengambaran VAV Project.

VAV atau juga dikenali Very Awesome Voice ini merupakan sebuah kumpulan idol baru ditubuhkan pada Oktober 2015 dibawah naungan A Team Entertainment (yang dahulunya dikenali dengan AQ Entertainment) ini nama kumpulan baru ini agak masih baru dan belum berapa dikenali lagi di Malaysia jadi tidak hairanlah liputan media yang menghadirkan diri tidaklah ramai namum peribahasa kata ‘Tak Kenal Maka Tak Cinta”. Walaupun masih mentah dibidang hiburan namun ketujuh anak muda ini dengan berani dan memilih Malaysia sebagai platform mereka untuk beriteraksi dengan lebih dekat dengan peminat.

Sehari sebelum berlangsungnya Meet & Greet tersebut, VAV berkesempatan untuk mengadakan sesi “basking” yang diadakan secara mengejut dihadapan para pelajar di Sunway Pyramid Collage manakala 3 jam sebelum Meet & Greet pula sekali lagi kejutan dengan bermain ais ski bersama berberapa peminat.

Meet & Greet yang berlangsung tepat seperti masa yang dijanjikan mengamatkan suasana. Keterujaan dan wajah gembira ketujuh-tujuh anak muda ini jelas tergambar. Keberanian mereka memilih Malaysia jelas berbaloi dengan kehadiran peminat yang ramai ketika itu. Apatah lagi beberapa peminat bertuah  dan pertama yang memilik album single terbaru mereka “She’s Mine” yang masih belum dilancarkan dan diedarkan di Korean. Malahan peminat Malaysia adalah yang pertama diperdengar dan melihat sendiri gerak tari dan lagu “She’s Mine”.

Usai sahaja sesi bergambar dengan peminat bertuah diatas pentas, tapi dalam masa yang sama salah seorang ahli iaitu Ziu menyedari bahawa lantai pentas telah mengalami kerosakan dan beliau begitu prihatin dan sentiasa berjaga-jaga takut sekiranya peminat atau pun ahli group yang lain tersepak lantai yang rosak tersebut. Disebabkan pentas rosak tersebut, VAV dibantu oleh pihak pengurusan memohon kepada para media dan peminat untuk berundur kebelakang demi keselmatan oleh kerana mereka akan membuat persembahan dibawah pentas. Apakah  perasaan anda bila group idol menari dan menyanyi betul-betul dihadapan anda? Suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh semua peminat VAV Malaysia.

VAV juga mengabarkan selain Malaysia merupakan peminat pertama yang mendengar penuh runut dan melihat gerak tari lagu She’s Mine. Mereka juga akan bakal membikin music video She’s Mine versi Malaysia. Wah untung sungguh peminat Malaysia. Untuk pengetahuan semua album single She’s Mine yang  di lancarkan secara rasmi pada 2 November 2017 di Korea.

Sesi Q&A bersama-sama media tempatan.

  1. Q: Apa yang anda tahu mengenai Malaysia????

A: Ziu – Sebelum datang ke sini, saya melakukan sedikit kaji selidik di internet mengenai Malaysia. Perkara pertama yang dinyatakan adalah cuacanya yang panas dan makanan yang lazat. Semestinya memang tidak dinafikan makanan di sini sedap-sedap belaka, sehinggakan saya yang masih dalam sesi menjaga diet harian terpaksa melupakan itu semua demi menikmati semua makanan yang ada. Walaupun baru beberapa hari di sini tetapi berat badan saya sudah bertambah, maka sebaik kembali ke Seoul, terpaksalah saya berdiet kembali. Ahli kumpulan lain juga bersetuju dengan apa yang Ziu katakan. Ayno juga menambah bahawa penerimaan peminat-peminat di Malaysia adalah seperti cuaca di sini juga, panas dan hangat.

VAV Press Conference in Malaysia. #VAVinKL #kmaniamedia #kmania #sunwaypyramid #shesmine

A post shared by KMania (@kmania.my) on

  1. Q: Apa yang anda boleh katakan mengenai She’s Mine, apakah konsep yang anda cuba ketengahkan?

A: Kali ini, kami mengetengahkan konsep lebih kelelakian dan macho seiring dengan tajuk lagu She’s Mine di mana mereka perlu menyerlahkan karisma yang mereka ada untuk menambat hati wanita yang diidamkan. Di samping itu, kami juga bakal mengeluarkan music video versi dance choreographer dengan menggunakan kepakaran 1Million Studio di mana studio tersebut adalah di antara studio tarian yang terkenal dan trendy. Kami juga telah mencurahkan sepenuh tenaga dalam menemui peminat untuk comeback ini dan semoga para peminat dapat menerimanya dengan baik.

  1. Q: Bagi album terbaru ini, siapakah di antara ahli kumpulan yang paling sesuai untuk digambarkan dengan konsep yang diketengahkan?

A: Rata-rata mereka bersetuju bahawa konsep mereka kali ini bersesuaian dengan ahli kumpulan mereka yang bongsu, Ziu. Ziu mengatakan bahawa seperti yang telah disiarkan di dalam episod vlive sebelum ini.

  1. Q: Boleh ulaskan serba sedikit memori yang anda akan kenang setelah berinteraksi dengan peminat di sini.

A: Mereka memberitahu bahawa ada di antara peminat dari Malaysia yang menyertai fancafe VAV, yang sentiasa berinteraksi bahkan menulis surat kepada mereka, dan akhirnya mereka berpeluang untuk bersua muka semasa sesi bertemu peminat di sini. Bagi mereka, ini adalah satu perasaan yang sukar digambarkan kerana akhirnya mereka dapat berinteraksi tanpa medium perantara, yang mana salah seorang daripada mereka merupakan pemenang bagi pertandingan yang dianjurkan oleh Sunway Pyramid. Mereka meluangkan masa bersama-sama dengan bermain luncur ais, menjadikan mereka lebih rapat dan mengenali dengan lebih dekat antara artis-peminat.

  1. Q: Apa yang anda akan lakukan setelah sesi di Malaysia ini?

A: St. Van – Seperti yang telah diketahui, sejurus selesai dengan aktiviti di Malaysia, pada 2hb November yang akan datang kami akan melancarkan album She’s Mine dan juga video musik penuh serta versi tarian bagi lagu tersebut. Selain itu, kami juga akan sibuk dengan jadual kami yang sedia ada terutama aktiviti di music shows. Tetapi sekiranya diberi peluang, kami ingin kembali ke Malaysia.

  1. Q: Apakah makanan kegemaran anda sepanjang berada di sini.

A: Sejurus selepas mengebut pasal makanan, masing-masing menunjukkan keterujaan yang tidak dapat diselindungkan. Mereka begitu menyukai makanan di sini sehinggakan susah untuk memilih dan mengingati nama makanan yang telah mereka rasa. Bagaimanapun, memilih roti naan bersama kari ayam, mee segera di dalam cawan, vanila coke, nasi lemak dan roti canai sebagai makanan yang mereka tidak akan lupakan. Mereka juga menambah, semasa di Korea disebabkan diet mereka, mereka hanya mengambil satu sajian sahaja tetapi apabila di sini mereka sanggup mengambil risiko dengan mengambil satu sajian setiap 3 jam.

  1. Q: Ada sebarang ucapan yang ingin anda berikan kepada peminat-peminat di sini?

A: Banyak perkara yang ingin kami sebutkan kepada para peminat, tetapi seperti yang telah kami sebutkan sebelum ini, kami begitu berterima kasih dan bersyukur dengan penerimaan peminat di sini yang sentiasa menyokong kami dengan sepenuh hati. Kami ingin sekali berada di sini dengan lebih lama.

  1. Q: Sekiranya diberi peluang, dengan siapakah kumpulan VAV mahu berkolaborasi?

 A: Ketua kumpulan VAV mengatakan bahawa adalah satu penghargaan sekiranya mereka dapat berkolaborasi dengan artis dari Malaysia sendiri dan menyuarakan adalah satu perkara yang unik sekiranya artis tersebut artis tradisional. (Ketika ini rata-rata media memperkatakan nama penyanyi no.1 dan kesayangan rakyat Malasyia iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza. )

Ziu pula memberitahu bahawa dia ingin berkolaborasi dengan Bi kerana artis senior itu merupakan inspirasi beliau bagi menjadi seorang artis. Ayno menambah bahawa beliau teringin untuk menghasilkan ataupun menyanyikan semula lagu dari penyanyi mendiang Kim Kwang Seok.

Temubual selama 30 minit bersama media berakhir dengan ucapan penghargaan dari VAV. Mereka juga berjanji akan datang kembali ke Malaysia dan sebolehnya menghadiahkan peminat dengan persembahan yang berskala besar bersama peminat.

Kita harapkan semoga VAV akan terus maju kehadapan dan semoga segala usaha dan impian mereka tercapai hendaknya.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada A Team  Entertainment di Malaysia kerana sudi menjemput Kmania untuk memeriahkan lagi acara ini.

Oleh  : isabel & Kia

Komentar

comments

You may also like...