Rain, pertimbangkan bintangi drama JTBC (action romance) – Sketch

Sudah setahun Rain tidak membintangi sebarang drama sejak drama terakhirnya Come Back Ahjusshi. Kini Rain kelihatan seperti dia kembali dalam mode berkerja tanpa henti. Sejak album dan drama terakhirnya, Rain telah berkahwin  dan baru-baru ini beliau telah menyambut kelahiran anak pertamanya dengan pelakon Kim Tae-hee. Menurut agensi pengurusan Rain, dia telah menerima tawaran untuk membintangi drama Sketch keluaran JTBC yang akan datang, tetapi masih belum mengesahkan sama ada dia akan menerima tawaran tersebut atau sebaliknya.

Rain kini bersiap sedia untuk kembali mewarnai bidang muzik pada bulan hadapan menerusi mini album bertajuk My Life Love. Ini merupakan projek terbarunya sejak empat tahun lalu menerusi Rain Effect. Oleh itu, beliau akan kembali sibuk dan disebabkan itu juga Rain masih belum sempat untuk meneliti skrip drama Sketch, yang merupakan sebuah drama action-cop romance mengenai orang yang berjuang untuk mengubah masa depan yang telah ditetapkan untuk mereka. Jika beliau menerima tawaran ini, Rain akan memainkan watak seorang penyiasat di violent crimes department.

Pada ketika ini, beliau merupakan seorang mentor bagi sebuah rancangan realiti terbitan KBS iaitu The Unit. Beliau juga giat dalam proses terakhir bagi mini album terbarunya  My Life Love dan  ia adalah pakej album khas  yang mengandungi seni muzik yang membolehkan Rain menjadi  superstar seperti kini. Album ini ditujukan khas untuk peminat yang selama ini telah menyokongnya.

Drama Sketch terbitan JTBC ini dijangka akan disiarkan pada Mac tahun depan. Jika anda tidak sabar untuk melihat lakonan Rain, nantikan filem terbaru beliau berjudul Uhm Bok-dong yang akan ditayangkan dalam masa yang terdekat.

Mudah-mudahan dengan isteri dan kehadiran bayi barunya akan memberikan Rain suntikan tenaga yang hebat dalam setiap kerjanya.

Sumber : SE daily

Komentar

comments

You may also like...