Tak cukup dengan American Music Awards, BTS mendunia lagi dgn kemunculan di Ellen DeGeneres Show & Jimmy Kimmel

Bagi peminat Army terutamanya  yang tinggal di luar negara, sudah pasti ia menjadi suatu kebanggaan apabila idol mereka akan membuat persembahan julung-julung kali di bumi Amerika Syarikat. Tidak cukup dengan itu, mereka telah menyatakan kesudian untuk membuat kemunculan di dalam kedua-dua program realiti tv terkenal di Amerika Syarikat, Ellen DeGeneres Show dan Jimmy Kimmel sempena lawatan mereka ke sana untuk mempersembahkan lagu popular mereka di negara tersebut, iaitu DNA.

Kemunculan mereka bakal dibuat secara langsung dari studio “Ellen DeGeneres” pada minggu hadapan. Buat peminat Army sekalian, sila “tune on” https://www.youtube.com/user/TheEllenShow beberapa jam selepas ianya disiarkan.  Pasti anda dapat setiap amati telatah ahli BTS dalam menjawab soalan kontroversi daripada pengacara Ellen DeGeneres.  Rap Monster yang agak fasih berbahasa Inggeris akan menerajui temuduga itu kelak.

Ellen pernah menjemput PSY sebelum beliau dihiburkan dengan tarian ikonik “Gangnam Style”.

BTS sebelum ini telah merekod sejarah sebagai kumpulan Kpop ke-2 berjaya menduduki carta hot 100 BillBoard selepas Wonder Girl, dan juga penyanyi Korea ke-4 selepas CL 2NE1, Psy dan Wonder Girl. Lagu “DNA” kekal dalam carta tersebut selama lebih tiga minggu. Malah, lebih manis lagi, album mereka “Love Yourself: Her” berjaya menempatkan di tangga ke-7 Billboard 200 menjadikan satu-satunya selebriti korea yang meraih kedudukan di bawah 10.

BTS dijangka akan menggegarkan pentas American Music Awards pada 19 November ini. Turut membuat persembahan ialah Selena Gomez, Kelly Clarkson, Christina Aguilera dan Diana  Ross.

Sumber: huffingtonpost

Komentar

comments

You may also like...