Lagak Yoon Do Joon sebagai DJ Radio dalam KBS Radio Romance

Yoon Do Joon telah diambil berlakon dalam drama terbaru terbitan KBS berjudul , “Radio Romance”. Penglibatan beliau dalam drama ini telah disahkan oleh produksi KBS sebentar tadi.

Beliau akan membawakan watak sebagai juruhebah radio yang mempunyai pengalaman sebagai mantan idol. Dalam drama ini, beliau merupakan seorang idol terkenal yang berkebolehan dalam penulisan skrip sehingga pada suatu masa, beliau terpaksa melepaskan kehidupan sebagai selebriti selama ini menumpukan pada kerjaya baru bergelar DJ radio terkemuka.

Yoon Do Joon lebih dikenali dengan kumpulan Highlight. Beliau pernah membintangi drama web dua episod, “Splash Splash Love” bersama Kim Seul Gi sebagai Raja Sejong. Drama tersebut mendapat penghargaan tertinggi apabila tercalon dalam anugerah drama paling berprestij di Amerika Syarikat, Emmy Awards dalam kategori “International Emmy Awards”. Drama itu juga membuatkan Yoon Do Joon mula serius menceburi bidang lakonan.

Tiada maklumat lengkap mengenai siapakah pengarah dan penulis skrip yang akan menerajui projek ini. KBS Radio Romance dijangka disiarkan pada awal Jan 2018.

Sumber: OSEN, xsportnews

Komentar

comments

You may also like...