Urban Zakapa sambut tahun ke-10 dengan single R&B Ballad, “When we were two”

Dari kiri: Kwon Sun Il, Jo Hyun Ah dan Park Yong In.

Urban Zakapa, tidak kenali sangat di antara peminat Kpop kerana genre muzik mereka yang lebih berentak R&B dan soul. Namun, single keluaran mereka banyak dijadikan OST beberapa buah drama. Antaranya, “I Dont Love You” menjadi runut bunyi untuk drama SBS Remember: War of The Son yang merupakan single mereka paling sukses sekali disusuli dengan single “Wish” untuk drama tvN Goblin.

https://www.youtube.com/watch?v=E8mi-j2dKSk

Kejayaan mereka lebih banyak disaksikan selepas berpecahnya kugiran ini sehingga hanya disertai 3 orang saja setakat ni (2 orang lelaki + 1 perempuan) , dikenali sebagai ‘Trio of Ballads’ , Park Yong In,  Kwon Song Il dan Jo Hyun Ah. Mereka bertiga merupakan kawan rapat sejak kecil lagi dan mempunyai minat yang sangat kuat dalam muzik R&B. Jika hendak dibandingkan, mereka menyambung legasi kumpulan ballad R&B terkemuka di Korea pada awal  tahun 2000-an dulu, iaitu Brown Eyes yang kini telah pun terbubar. Kebanyakan lagu-lagu yang dihasilkan kugiran ini ialah ditulis sendiri oleh mereka.

8 November ini merupakan tarikh keramat buat Urban Zakapa yang akan menyambut tahun ke-10 mereka dalam industri seni. Mereka akan mengeluarkan single terbaru berjudul , “When we were two” yang ditulis sepenuhnya oleh Park Yong Il. Lirik lagu ini menceritakan tentang perubahan emosi berlaku kerana mengingatkan sesuatu pada masa silam. Mereka berharap single ini dijadikan sandaran buat mereka yang masih lagi kesedihan  kerana mengingati memori silam yang pedih dan pahit.

“Semua orang harus ucapkan selamat tinggal kepada masa lalu, baik yang pahit mahupun manis. ” kata mereka.

Single ini dijangka dikeluarkan pada jam 6 petang waktu Korea pada hari ini.

https://www.youtube.com/watch?v=gWeDTsWr16k

Sumber: joynews

Komentar

comments

You may also like...