Industri seni Korea berlalu sepi tanpa kehadiran bintang ternama

Dari kiri: Im Shi Wan, Kang Ha Neul, Joo Won dan Kim Soo Hyun.

Seperti diramalkan pihak pemerhati industri seni Korea, Korea mungkin mengalami ketandusan pelakon-pelakon lelaki muda yang akan memacu drama-drama yang dihasilkan bagi dua tahun akan datang. Mereka kebanyakannya sudah pun menjalani latihan khidmat negara seperti Kim Soo Hyun, Kang Ha Neul, Im Shi Wan, Joo Won, Lee Joon, Taecyeon, Lee Min Ho dan Ji Chang Wook. Malah, ada beberapa pelakon seperti Yoo Ah In dan Lee Jong Suk juga sedang dalam persediaan menjalani latihan khidmat negara mungkin pada tahun hadapan.

Beberapa pihak produksi penghasilan drama termasuklah pengarah dan juga pihak penyiar meluahkan kesukaran mereka dewasa ini untuk mendapatkan pelakon-pelakon lelaki muda yang diyakini mempunyai aura untuk menarik mereka menonton drama keluaran mereka atau filem yang menghiasi layar perak. Genre romantik komedi melibatkan percintaan watak-watak muda yang sebaya terpaksa direhatkan sekejap.

“Hari ini, begitu sukar betul nak dapatkan pelakon lelaki lewat 20-an dan awal 30-an kerana mereka sedang menyertai latihan khidmat negara sampaikan proses pemilihan pelakon  telah mengambil masa berbulan-bulan , ” kata salah seorang pihak terlibat dalam industri perfileman korea.

Jang Dong Yoon dan Kim Jung Hyun antara pelakon muda yang sedang menyinar.

“Kami juga pertimbangkan pelakon yang mempunyai peminat di laman sosial serta dikenali menerusi drama. Tapi, ia masih berisiko besar.”

Generasi baru seperti Nam Joo Hyuk, Ji Soo, Jang Dong Yoon, Kim Jung Hyun, Yang Se Jong, Woo Do Hwan, dan Dong Ha serta pelakon-pelakon yang sudah pun terbina kerjayanya sebelum ini seperti Park Seo Joon akan mengemudi industri seni korea dalam masa dua tahun akan datang ini.

Sumber: OSEN

Komentar

comments

You may also like...