Kenali Nam Joo Hyuk, Dari Seorang Atlet Sukan kepada Bintang yang Bersinar

Private Stage (Close-Up) bersama Nam Joo Hyuk yang telah berlangsung pada bulan lepas yang dianjurkan oleh Galaxy berlangsung dengan jayanya. Ketika ‘fanmeet ini beliau berterus terang bahawa beliau sangat gemuruh dan gementar berhadapan dengan peminat di luar Korea, apatah lagi ini adalah sesi bertemu peminat yang pertama beliau hadapi.

Bertemu dengan Nam Joo Hyuk secara dekat sudah tentu impian yang paling berharga untuk para peminat dan disebabkan itu sesi Meet & Greet juga telah diadakan pada hari yang sama sebelum fanmeet bermula.

 

 

Berbakalkan tubuh yang tinggi lampai dan wajah yang tampan, Nam Joo Hyuk memulakan karier dibidang peragaan sebelum mencuba nasib dibidang lakonan. Mula dikenali didalam Cheese In Trap, School 2015, Moon Lover : Scarlet Heart Ryo tapi Weightlifting Fairy Kim Bok Joo lah yang betul-betul meletakkan namanya di peta global dunia dan bukan itu sahaja langkahnya diteruskan pula dengan drama terbaru beliau iaitu The Bride of Habaek. Dalam masa yang sama, Nam Joo Hyuk juga menduduki ranking tangga ke-4 dalam undian peminat untuk carta senarai Kmania Top 10 Stars yang diadakan pada bulan Oktober 2017.

 

Walaupun suara beliau tidaklah sehebat penyanyi tapi kecekalan Nam Joo Hyuk tanpa memperdulikan suara-suara negatif peminat yang mempersendakan suara sumbangnya. Menurut kata beliau, kesemua lagu yang dinyanyikan itu adalah lagu kegemaran beliau dari zaman persekolahan dan ketika aktif di dalam bidang sukan. Beliau juga berkata sekiranya dia terkenangkan atau merindui kisah lamanya, lagu-lagu tersebutlah yang sering beliau nyanyikan ketika bersendirian.

Opening. #namjoohyukinmy #KMANIAMEDIA #kmania #namjoohyuk

A post shared by KMania (@kmania.my) on

Di zaman persekolahannya, keinginan beliau yang sebenarnya adalah menjadi seorang pemain bola keranjang yang ternama. Apa tidaknya suatu ketika dahulu beliau merupakan bintang athelet yang terkenal dan berjaya di sekolah namun semuanya terkubur selepas beliau mendapat kecederaan lutut. Dalam pada itu kecintaanya terhadap sukan bola keranjang tidak pernah mati, hobi mengumpul koleksi figurine pemain bola keranjang bertaraf dunia berlanjutan sehinggalah sekarang. Selain bola keranjang beliau mengaku beliau merupakan peminat fanatik kepada Manchester United (yeahhhh…kita sama…Glory Glory Man United hehe).

Ketika ditanya berkaitan dengan makanan, wajahnya nampak sungguh gembira dan teruja. Makanan kegemarannya adalah makanan laut dan ketika beliau  bercerita mengenai makanan ianya membuatkan kami terasa lapar pula, hahaha.  Yang pasti Nam Joo Hyuk berkata jika ada peminat yang ingin menjemput beliau makan, mereka perlulah sediakan makanan laut terutama kerang bakar banyak-banyak ya…hahaha

Disebabkan ini juga terdapat satu segmen memasak dan beliau telah menyediakan sushi wasabi untuk peminatnya. Kelihatan Nam Joo Hyuk mempamerkan riak rasa bersalah malahan berulang kali memohon maaf kerana takut peminat kepedasan. (adoi…jangan susah  hati, ini Malaysia, ada lagi makanan yang lagi pedas dari wasabi tu ya…hehe)

Keputusan Nam Joo Hyuk meninggalkan bidang sukan dan terjun di dalam bidang peragaan serta seterusnya bersinar di dalam bidang lakonan merupakan satu anugerah kepadanya biarpun beliau bermula tanpa asas lakonan.

“Berlakon boleh memberikan bermacam-macam perasaan, mengenali kehidupan yang berbeza dengan pelbagai watak dari pelajar sekolah, putera raja dan dewa. Namun dalam antara watak yang paling berkesan dan dekat dihati saya adalah sebagai ahli sukan di dalam Weightlifting Fairy Kim Bok Joo.

Drama ini bagaikan mengambarkan diri saya yang dahulu, dari  segi karakter, cara berpakaian dan apa yang penting drama ini adalah berkaitan dengan sukan. Malahan terdapat babak yang  meninggalkan kesan dihati saya sehinggakan membuatkan saya menangis tanpa henti walaupun babak tersebut telah berakhir. Ianya merupakan babak diantara anak dan ibu.

Pesanan saya buat peminat tersayang sayangilah dan hargailah ibu anda. Kasih sayang ibu tiada tandingannya” – Nam Joo Hyuk

Dewan menjadi gamat ketika  segment babak lakonan semula bersama peminat bertuah. Kesemua babak tersebut diambil dari drama terbaru beliau iaitu The Bride of Habaek. Terdengar-dengar suara nakal kenapa tiada terselit segment dari drama Weightlifting Fairy Kim Bok Joo, Ala anda tahu kenapakan…jadi shooo…diam semua..hahaha

Nam Joo Hyuk juga sempat mempamerkan sudut peribadinya iaitu ketika beliau mempunyai masa lapang, seperti juga orang lain, beliau suka melepak sambil bermain PS4 bersama rakan-rakannya. Beliau juga memperlihatkan  photo shoot runaway sebagai model fashion di Kota Paris pada Ogos 2017. Beliau dengan nada terharu berkata dan mengucapkan penghargaan tidak berbelah bagi terhadap pengurus fashion yang sentiasa menjaga atur pakaian beliau sepanjang kariernya dari sebagai seorang model sehinggalah menjadi seorang pelakon.

Antara aktiviti karier beliau yang terkini, beliau sekarang di dalam proses pengambaran filem Ansi Fortress di mana pengambaran telah bermula pada bulan Ogos lalu dan akan ditayangkan pada awal tahun 2018. Oleh kerana ini adalah projek filem pertama beliau, maka besarlah harapannya  juga, apatah lagi berlakon dengan barisan pelakon bernama besar seperti Jo In Sung. Filem epik dengan bajet perbelanjaan tinggi ini juga turut menampilkan Seol Hyun, Park Sung Woong.

Sebelum fanmeet ini berakhir, Nam Joo Hyuk berterima kasih kepada peminat yang hadir sambil melaungkan beberapa kali perkataan Aku Cinta Kamu dengan diiringi simbol “LOVE” dan beliau juga berjanji akan datang lagi ke Malaysia. Itu pun kalau ada penganjur yang akan uruskan katanya. adoi org dah sedih nak berpisah sempat lagi dia bergurau tau..huhu

Fanmeet yang berlangsung selama 2 jam ini akhirnya sampai ke penutupnya. Ketika menyampaikan lagu terakhir walaupun tersasul salah lirik tapi tahap keyakinan itu tinggi, sambil tertawa beliau memohon maaf berulang kali sambil turun ke bawah pentas bertemu dekat dengan peminat sehingga kebelakang.

Semoga Nam Joo Hyuk terus suksess dan bersinar didalam bidang lakonan yang ceburinya kini. Walaupun impiannya menjadi pemain bola kerajang ternama tidak menjadi kenyataan namum kini bidang lakonan tetap membuatkan dia terkenal dan semoga janjinya kepada peminat untuk datang lagi tidak dilupai.

Sama-sama kita nantikan lakonan terbaru beliau didalam filem dan juga drama pada masa hadapan. Fighting Nam Joo Hyuk.

Akhir sekali ribuan terima kasih kepada pengajur Galaxy diatas jemputan media ini.

Artikel oleh isabel.

Suntingan oleh runaway_dida.

Gambar : Kmania & Galaxy

Komentar

comments

You may also like...