/Program realiti tv terbaru SBS Master Key tampilkan Kang Daniel, Jonghyun NUE’ST dan Sana Twice

Program realiti tv terbaru SBS Master Key tampilkan Kang Daniel, Jonghyun NUE’ST dan Sana Twice

Kang Daniel Wanna One,Jonghyun Nuest W,Sana Twice antara Idol Popular Yang Memeriahkan Set Penggambaran SBS Master Key.

Episod 4 SBS Master Key akan mula ditayangkan pada 4 November 2017 pukul 6.10 petang setiap Sabtu akan dibintangi oleh Lee Sugeun, Jeon Hyun Moo, Chanyeol EXO,  Key SHINee, Kang Daniel WANNA ONE, SANA TWICE, Song Minho WINNER dan ramai lagi.

Krew Master Key telah mendapat perhatian disebabkan kehadiran pelbagai idola popular yang tidak disangka-sangka berkumpul bersama dalam satu rancangan program realiti tv. Selain itu, para artis tersebut juga mengambil telah memuat naik gambar masing-masing di laman sosial rasmi bagi SBS Master Key. Bermula dengan Park Chanyeol EXO  dan Key SHINee yang memuat naik gambar dengan kapsyen ‘Angel & Demon’ kerana memakai baju hitam dan putih. Kemudian, Ong  Seungwoo WANNA ONE,Henry SJ-M dan Park Jinyoung Got7 turut berswafoto bersama -sama lalu membuatkan netizen di Korea Selatan teruja untuk menunggu episod pertama ditayangkan. SANA TWICE turut berswafoto dan dimuat naik di laman Facebook rasmi rancangan SBS Master Key.

SBS Master Key yang mula disiarkan 28 October lepas.

Konsep rancangan ini turut menambah dengan peraturan ‘Angel’ dan’ Demon’ di mana mereka perlu menggunakan teknik peperangan secara psikologi untuk mendapatkan kunci pendua utama (‘Master Key’) seterusnya membolehkan mereka melepasi cabaran tersebut. Setiap episod mereka akan berentap untuk mendapatkan gelaran ‘Master Key of Angels’ dan ‘ Master Key of Demon’. Bagi pengguna Malaysia, anda boleh ikuti rancangan ini di cenel astro 393, ONE TV Asia setiap sabtu, jam 5.40 petang.

Sumber: Sports Donga

Komentar

comments