Malam yang penuh romatis bersama Sung Hoon. Benarkah Sung Hoon pemalu?

Seperti yang dijanjikan, aktor Sung Hoon yang turut tersenarai dalam Kmania Top 10 Stars terbitan bulan October 2017 ini telah menunjukkan sisi beliau yang  jauh berbeza dari apa yang beliau lakonkan di dalam drama. Berkesempatan menyaksikan sendiri Sung Hoon semasa sesi perjumpaan bersama peminat pada Sabtu 28 October lepas, suatu kenangan penulis tak dapat lupakan sepanjang hayat.

Suasana di dalam dewan malam itu agak hangat dengan sikap gila-gila beliau yang diluar jangkaan peminat.  Berbagai kejutan yang telah beliau lakukan sepanjang ‘fanmeeting’ tersebut sehingga membuatkan peminat benar-benar terhibur.  Tiga orang peminat bertuah telah berjaya mendapatkan hadiah yang disediakan oleh pihak pengurusan dalam sesi soal jawab.

Menari tarian ‘baby shark do do’ dengan gaya yang agak comel, mengaku diri beliau sebenarnya pemalu, bercakap dalam Bahasa Malaysia ‘aku sayang awak’ dengan nada yang romantik serta keluar masuk pentas sesuka hati, semua ini benar-benar membuatkan peminat beliau sangat teruja.

Beliau juga turut menyanyi dan menari beberapa lagu termasuk lagu OST dari drama My Secret Romance.  Ada ketika beliau meminta peminat bersama-sama mengambil bahagian ketika beliau dan penyanyi kumpulan ‘The King” membuat persembahan.

Apa yang membuatkan peminat tak kering gusi bila beliau sendiri yang menyebut perkataan ‘encore’ berkali-kali secara berbisik. Kemunculan beliau sebagai DJ ROIII terus menghangatkan lagi suasana di dalam dewan.

Sebelum ‘fanmeeting’ berakhir,  beliau telah berbesar hati untuk mengadakan sesi ‘high touch’ bersama kesemua peminat yang ada di dalam dewan.  Dengan memakai sarung tangan berwarna putih, sesi ‘high touch’ tersebut telah berjaya meninggalkan kenangan manis buat peminat-peminat beliau di Malaysia. Bertuah betul peminat yang dapat berjabat tangannya!

Akhir sekali, memang tidak dinafikan beliau merupakan seorang aktor yang serba boleh dan pandai melayan peminat.

https://www.instagram.com/p/BazDpGmDa85/

#koreadramanight #SunghooninKL #SunghooninMY #kmania #sunghoon

A post shared by KMania (@kmania.my) on

#koreadramanight #SunghooninKL #SunghooninMY #kmania #sunghoon

A post shared by KMania (@kmania.my) on

SAYA SAYANG AWAK 😘😘😘 #sunghooninmy #sunghooninkl #sunghoon #koreadramanight #kmania

A post shared by KMania (@kmania.my) on

Artikel oleh Auntie Spg.

Editor: runaway_dida , daus

Gambar/Video: KTO Malaysia , eyka

Komentar

comments

You may also like...