Foto percutian Gong Yoo di Jepun tular di media sosial

Gambar-gambar percutian Gong Yoo ke Jepun bersama sahabat karibnya tular di laman media sosial naver sejak diposkan pagi tadi apabila meraih bacaan sebanyak 400 ribu kali. Antara bandar yang dilawatinya ialah Kanagawa, di mana terletaknya suatu kedai minuman teh terkemuka di situ.

Menariknya, gambar tersebut di ambil secara professional seolah-olah ada wartawan yang mengekori mereka ke sana. Namun, sebenarnya foto tersebut diambil oleh seseorang daripada pihak pengurusan beliau.

Pelakon yang memenangi Best Actor Paeksang Arts Awards menerusi drama hit tvn Goblin ini, sudah pun bersedia untuk kembali semula ke layar perak sebaik saja percutian ini berakhir. Menyaksikan aktor ini tercalon sekurang-kurangnya Popular Actor dan Best Actor dalam 6th Cari Kdrama Awards adalah sesuatu yang dinanti-nantikan peminat kdrama Malaysia.

 

 

Gong Yoo memalingkan sekilas pandangannya ke arah ‘cameraman’ di belakang sambil meletakkan tangannya ke atas bahu sahabat karibnya.

Sumber: naver

Komentar

comments

You may also like...