/Lee Yoo Young kelihatan sebak ketika hadiri majlis pengkebumian mendiang Kim Joo Hyuk

Lee Yoo Young kelihatan sebak ketika hadiri majlis pengkebumian mendiang Kim Joo Hyuk

Lee Yoo Young, pelakon yang juga kekasih hati kepada mendiang Kim Joo Hyuk, hadir pada majlis pengkebumian Kim Joo Hyuk semalam dan memberikan penghormatan terakhir kepadanya. Beliau kelihatan menekup mulutnya kerana tidak dapat menahan sebak mengenangkan lelaki yang dicintai akan pergi buat selama-lamanya.

Lee Yoo Young pernah membintangi drama OCN Tunnel pada awal tahun ini sebagai professor kriminalogi yang cekal berani tapi tak berperasaan menyebabkan lakonannya dipuji oleh ramai para pengkritik. Sebaik saja mengetahui mendiang Kim Joo Hyuk kemalangan, Lee Yoo Young segera membatalkan penggambaran SBS Running Man dan terus berkejar ke hospital untuk menemui mendiang.

Kim Joo Hyuk mengumumkan bahawa mereka bercinta sejak awal November yang lepas. Meskipun begitu, mereka belum merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan sebelum tragedi sedih ini berlaku.  Berbagai selebriti menghadiri majlis pengkebumian Kim Joo Hyuk termasuklah Yoo Jae Suk dan Chae Tae Hyun.


Sumber: insight

Komentar

comments

Admin Kmania.