Tayangan Perdana KBS ‘The Unit’ cecah rating yang tinggi

Episod pertama ditayangkan pada 29 Oktober 2017.

Menurut agensi Nielsen Korea, dua segmen pertama KBS The Unit yang dipromosikan sebagai “Idol Rebooting Show” dan ditayangkan pada 29 Oktober yang lalu telah mencatatkan rekod rating sebanyak 5 peratus  dan 6.2 peratus, suatu pencapaian yang agak baik untuk sesebuah program realiti tv yang baru bermula. Apatah lagi, program ini turut mendapat perhatian agak memberangsangkan daripada pelbagai lapisan umur peminat K-pop dan hangat diperbualkan di sosial media.

Antara mentor-mentor The Unit ialah Taemin SHINee, HyunA, SAN-E, Hwang Chiyeul dan ramai lagi termasuklah penyanyi Rain.

The Unit memberi peluang kepada idol yang sudah debut sekali lagi untuk kembali semula ke industri seni dengan menonjolkan potensi mereka secara menyeluruh. Kalau di Malaysia, anda boleh bayangkan program realiti tv terbitan Astro iaitu GegarVaganza dengan kehadiran tenaga pengajar selaku mentor. Episod pertama sudah memberi petunjuk yang baik dan persembahan mantap daripada Yang Jiwon, BIGSTAR, bekas ahli kumpulan T-ARA Areum, U-KISS Jun dan ramai lagi.

Sumber:   Nielsen   

Komentar

comments

You may also like...