Lee Jong Suk dinobatkan “Kmania Top Star” untuk bulan October 2017

Carta Kmania Top 10 Stars yang dilancarkan setiap bulan, bermula October ini, menyaksikan Lee Jong Suk dinobatkan “Kmania Top Star” bagi bulan October 2017 sekaligus mengenepikan Suzy, Kang Daniel Wanna One, Nam Joo Hyuk, Taeyang dan Kang Min Hyuk ke tempat seterusnya. Carta yang pertama kali dilancarkan ini telah mengumpul undian sebanyak 333 dengan Lee Jong Suk memperolehi 14.1% undian daripadanya.

Kedudukan pelakon ini di tangga teratas carta Kmania Top 10 Stars sememangnya satu kejutan di kala terpaksa bersaing dengan penyanyi-penyanyi Kpop yang agak popular pada masa kini. Lee Jong Suk sedang membintangi drama SBS While You Are Sleeping bersama Suzy dan Jung Hae In yang juga masing-masing menduduki tangga kedua dan ketiga.

Penyanyi Kang Daniel dari Wanna One selesa berada di kedudukan no. 5 di belakang model yang juga pelakon, Nam Joo Hyuk. Nam Joo Hyuk baru saja mengadakan sesi pertemuan dengan peminat Malaysia pada minggu lepas menyebabkan undiannya agak tinggi. Kang Min Hyuk pula di kedudukan no.8 hasil popularitinya membintangi drama MBC Hospital Ship. Akhir sekali, pelakon Kim Nam Gil di tangga ke-10 membuktikan popularitinya masih berbisa walaupun drama tvN Live Up To Your Name sudah habis ditayangkan akhir September lepas.

Keseluruhan carta Kmania Top 10 edisi October 2017 boleh dilihat di bawah berdasarkan undian top 30 dijalankan sejak tiga hari yang lepas.

 

 NO.

Top 10 Stars

 Name

 1    Lee Jong Suk
 2    Bae Suzy (Miss A)
 3    Jung Hae In
 4    Nam Joo Hyuk
 5    Kang Daniel (Wanna One)
 6    Taeyang (Big Bang)
 7    Sung Hoon
 8    G Dragon (Big Bang)
 9    Kang Min Hyuk (CN Blue)
 10    Kim Nam Gil

Klik sini -> https://kmania.info/2017/10/30/lee-jong-suk-dinobatkan-kmania-top-star-untuk-bulan-october-2017/

Komentar

comments

You may also like...