SM Entertainment Mencari Bakat Baru Di Kuala Lumpur

Agensi SM Entertainment akan mengadakan ujibakat yang dinamakan sebagai SM Town dijadualkan di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 11 November 2017 ini.

Adakah anda mempunyai bakat didalam bidang nyanyian, lakonan dan juga ‘modeling’? Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyertai salah satu syarikat yang melahirkan ramai idol dan pelakon terkenal seperti Super Junior, EXO, Girl Generation, Red Velvet dan NCT. Pihak ‘SM Entertaiment Global Audition II’  telah menjelajah hampir seluruh asia untuk mencari bakat baru untuk agensi mereka.

Malah, jika anda belum sedari, Isaac Voo juga dicungkilkan bakatnya semasa menghadiri ujibakat diadakan di Malaysia beberapa tahun lepas. Mungkinkah anda berpeluang seperti Isaac Voo juga?

Cara pendaftaran untuk menyertai uji bakat ini:

  • Para peserta yang mahu uji bakat mesti mendaftar terlebih dahulu, memilih salah satu daripada tiga bahagian kelayakan di bawah ini.
  • Kami akan mengirimkan tempat dan waktu uji bakat kepada alamat E-mail yang anda sertakan. Hanya pemohon yang menerima E-mail pengesahan saja boleh mengambil uji bakat kami.

Kelayakan

  • Bahagian – Singing, Dance, Acting, Model(Fashion/CF), Komposisi(Lyrics)
  • Peserta – Sesiapa sahaja boleh menyertai, tanpa mengira usia, jantina, kewarganegaraan
  • Kos pendaftaran – Tak perlu

 Pendaftaran

  • Pendaftaran online SMTOWN :지원하기
  • Pendaftaran E-mail : 2017malaysia@smtown.com
  • * Silakan menulis NAMA, TARIKH dan TEMPAT TINGGAL.
    * Kami akan memaklumkan tempat dan waktu uji bakat kepada alamat E-mail yang disertakan. Jadi, sila semak
    E-mail anda.
  • Pendaftaran Permohonan everysing
  • Tempoh Permohonan Uji bakat : 12 Mei 2017 ~ sehari sebelum uji bakat
  • Soalan mengenai uji bakat : 2017help@smtown.com
  • * Alamat E-mail ini bukan untuk pendaftaran. Hanya untuk soalan mengenai uji bakat Global
  • Semua peserta mesti menyertai uji bakat lapangan selepas pendaftaran terlebih dahulu,.

 Jadual & Lokasi Ujibakat

 
Kota Jadual Ujibakat Lokasi
Kuala Lumpur November 11th (Sat) – tempatnya uji bakat akan diumumkan

* Pemohon boleh sertai sekali saja dalam tempoh uji bakat.
* Tulislah bandar di negara uji bakat yang anda mahu sertai.

 Persediaan untuk uji bakat

  • Bahagian Singing – tanpa muzik, tanpa mike, lagu yang sudah ada atau lagu yang dicipta secara ‘miming’ (dalam 2 minit).
  • Bahagian Dance – ‘Free style dance’ dengan muzik yang disediakan oleh pihak penganjur (dalam 2 minit).
  • Bahagian Acting – ‘acting improvisation’, acting transkrip yang disediakan sendiri (dalam 2 minit).
  • Bahagian Model (Fashion/CF) – sediakan walking & pose
  • Bahagian Komposisi (Lyrics) – membawakan fail lirik atau fail demo (Usb, CD, dokumen, dan lain-lain)

*Jangan sesekali memakai kanta sentuh kosmetik dan terlalu menggunakan ‘make-up’.

※ Jadual, lokasi dan prosedur 2017 S.M. Global Audition II boleh berubah mengikut ketetapan penganjur.
※ Schedules, locations and procedures of 2017 S.M. Global Audition II are subject to change due to
certain circumstances of S.M. Entertainment.

Sumber: SM Audition

Komentar

comments

You may also like...