Sung Hoon menggantikan Lee Kwang Soo untuk webdrama ‘Sound of Heart’ musim ke-2

Sung Hoon,atlet sukan bergelar model dan pelakon, telah mengesahkan kehadirannya untuk membintangi drama web ‘Sound of Heart’ bagi musim ke-2. Beliau akan menggantikan Lee Kwang Soo yang pernah memegang watak yang sama dalam siri yang pertama iaitu Jo Suk. Siri ke-2 ini dijenamakan semula sebagai ‘Sound of Heart – Reboot.”

Sung Hoon merupakan antara pelakon paling dikenali di seluruh dunia  sejurus selepas drama lakonan beliau, OCN Secret Romance meledak di pasaran dunia dan memperkembangkan ‘hallyu’. Beliau sekaligus telah dilantik sebagai duta Korean Tourism Organization (KTO) untuk program anjuran mereka di Abu Dhabi, Mongolia dan juga Malaysia.

Bagi sesiapa yang belum sedari, Sung Hoon akan mengadakan perjumpaan dengan peminat pada Sabtu, 28 October ini bertempat di KLCC, Kuala Lumpur, Malaysia. Warga Kmania telah dijemput untuk mengadakan liputan berkenaan.

Sumber: donga

Komentar

comments

You may also like...