Mari Ber-Winter Sonata Dengan Festival Ski Popular Di Gangwon

Sekiranya anda ingin ke Korea dimusim sejuk dan berminat untuk bermain ski tetapi kurang berkeyakinan, JANGAN RISAU. Kami tahu caranya. Di Korea, jika and berminat untuk mempelajari teknik asas ski dan snowboarding, mereka menawarkan pembelajaran dalam pelbagai bahasa. Sambil anda belajar, anda juga boleh nikmati dan merasai persembahan kebudayaan yang menarik.

Para pengunjung yang berminat boleh merasai dunia baru berski menerusi 4 festival ski yang popular iaitu Fun Ski Festival, the Go! Go! Ski Festival, dan The Snow Tube Race Festival.

Sebelumnya BACAGangwon Menjadi Destinasi “Winter Sonata” Sepanjang Musim Sejuk dan ketahui 8 Pusat Rekreasi Popular di Gangwon

Apa dia 4 festival ski popular di Gangwon yang anda perlu ketahui?

1. VIVA SKI Festival di Daemyung VIVALDI PARK

Daemyung VIVALDI PARK adalah sebuah kompleks empat musim yang mempunyai taman bertema air, kelab golf dan kelab menunggang kuda. Dengan mempunyai akses yang mudah dari Seoul, ramai pengunjung kerap mengunjungi Daemyung VIVALDI PARK.

Sejak dilancarkan pada tahun 2015, VIVALDI PARK telah berkolaborasi bersama Ski dengan K-food dan tahun berikutnya Ski dengan K-Culture. Pakej ini termasuk All-Day-Pass dengan pelajaran asas ski secara mendalam. Selain daripada ski, peserta boleh memilih untuk pergi ke Jjimjilbang (Sauna Korea), taman air tertutup (indoor), kolam air panas terbukar atau anda boleh menunggang kuda! Jadi tidak perlu risau sekiranya anda takut bermain ski setelah mencubanya sekali. Anda punya pilihan aktiviti yang lain.

Bagi  pengunjung Islam, di sini juga disediakan bilik Solat  dan restoran-restoran yang mempunyai sijil halal juga boleh didapati di dalam VIVALDI PARK. Jadi no need to worry much!

Spesifikasi cerun

Tarikh dan aturcara program

Di samping itu, makanan Korea yang dipilih dengan teliti akan dihidangkan untuk anda rasai pengalaman Korea yang sebenar. Anda juga berpeluang untuk menikmati pelbagai  Korea street food dan juga makanan tradisional! MasterChef  VIVALDI PARK – Jung Jin Seop, yang telah dicalonkan sebagai ‘Master of Korean fermented food‘ oleh World Food Culture Centre adalah orang yang akan bertanggungjawab terhadap semua hidangan yang disediakan. Beliau juga  akan mengajar anda cara membuat serta menyediakan makanan asli Korea. Menu adalah berubah setiap tahun mengikut pilihan peserta!

2. Fun Ski & Snow Tube Festival di Yongpyong Resort

Festival ski ini diadakan dari pertengahan Disember hingga awal Mac di Yongpyong Resort.  Ia adalah resort ski pertama di Korea dan menjadi tuan rumah bagi beberapa  pertandingan  bertaraf antarabangsa.
Spesifikasi Cerun
Selain  itu, Yongpyong Resort juga menawarkan pengalaman musim sejuk yang menyeronokkan dan mengujakan dengan pembelajaran ski dan snowboarding yang diajarkan oleh pengajar pakar, pertandingan ski dan upacara penyampaian anugerah, serta pelbagai program dan persembahan.
Tarikh dan aturcara program

3. Go! Go! Ski di High 1 Resort

Festival Go! Go! Ski ini diadakan pada kemuncak musim sejuk iaitu bermula pertengahan Disember hingga awal Mac di High1 Resort. Tempat  ini  dilengkapi dengan kemudahan fasiliti yang terbaik.
Spesifikasi Cerun
Ia menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan terutamanya kepada pelancong dari Asia Tenggara dan kawasan yang  tidak bersalji yang lain. Pengunjung boleh mengambil bahagian dalam pembelajaran ski  dengan pelbagai tahap kesukaran bersama pakar serta pelbagai  persembahan  untuk anda  merasai pengalaman keindahan dan daya tarikan budaya Korea.
Tarikh dan aturcara program

3. KISC (Korea International Ski Camp) di Alpensia Ski Resort dan High 1 Resort

KISC adalah sebuah tempat yang menawarkan perkhidmatan ski pada waktu siang dan malam. Ia juga menawarkan pakej ski secara exclusive  untuk para pelancong  perseorangan.
Spesifikasi Cerun
KISC juga  boleh disesuaikan dengan penginapan, makanan, pembelajaran ski serta ujian berperingkat, aktiviti yang menyeronokkan dan pertandingan di antara sesama peserta. Program dengan jangka masa yang pendek juga disediakan untuk mereka yang berhadapan dengan kekangan masa.
Pakej KISC yang disyorkan  mempunyai 5 jadual berbeza untuk pembelajaran ski. Setiap program yang dirancang adalah berdasarkan tahap kemahiran anda dalam ski.
  • Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut umur. Anak kecil (berumur 4-8 tahun), kanak-kanak (berumur  9-15 tahun) serta remaja dan dewasa. Jika para peserta hadir dalam kumpulan keluarga, pihak penganjur boleh mengaturkan pembelajaran secara privasi bersama keluarga mereka.
  • 5 pakej tersebut diwakili dengan warna Biru, Merah, Kuning, Hijau dan Hitam. Ianya disusun mengikut pembelajaran teknik ski dan pelbagai aktiviti menarik yang disukai oleh para peserta
  • Pakej yang disediakan termasuk pembelajaran ski beserta peralatan berkaitan, pengangkutan dan juga tempat penginapan.

Nota penting : Harga promosi diberikan pada KISC Event Camp ( 10-12 Disember 2017) dan KISC Christmas Camp (14-26 Disember 2017)

Tarikh dan aturcara program

Kepada yang berpeluang mengunjungi Korea semasa musim sejuk ini, 4 festival ski di atas perlu anda kunjungi untuk merasai kenikmatan dan pengalaman bermain salji.

Komentar

comments

You may also like...