Mampukah Lee Jong Suk Pertaruhkan Jade Lover Untuk Tembusi Pasaran China?

Selepas penyanyi serta pelakon Rain muncul dalam drama siaran China melalui drama Diamond Lover, kini giliran Lee Jong Suk pula mencuba nasib. Pada penghujung tahun 2015, banyak media telah mendedahkan bahawa Lee Jong Suk telah bersetuju untuk menerima tawaran untuk berlakon dalam sebuah large-scale Korean-Chinese drama, berjudul Jade Lover  .

Jade Lover merupakan sebuah drama usahasama China dan Korea Selatan dengan anggaran kos bernilai 40 bilion won ($ 40 juta). Drama ini adalah arahan pengarah Jin Hyuk dan ini merupakan kali ketiga pengarah tersebut bekerjsama dengan Lee Jong Suk selepas drama Doctor Stranger dan Prosecutor Princess.

Menurut laporan, drama Jade Lover ini  sebahagian kosnya dibiayai oleh kumpulan media global DMG Entertainment, yang juga telah melabur dalam industri Hollywood menerusi karya hits Iron Man 3 dan Point Break.

Berlatarbelakangkan situasi tahun 1930-an, kisah percintaan fantasi ini dikatakan menawarkan penonton hiburan berkualiti tinggi dari segi set pengambaran, kostum, dan kesenian. Penggambaran telah  bermula pada bulan Januari  2016 disekitar Shanghai serta Hengdian dan drama ini telah habis pengambaran sepenuhnya sekitar April 2016. Pastinya Lee Jong Suk mempamerkan daya tarikan yang pastinya berbeza.

Sinopsis drama Jade Lover

Drama ini mengambil latar belakang sekitar tahun 1930an. Berkisarkan kisah percintaan di antara dua pewaris keluarga yang saling bersaing dalam menjalankan perniagaan perhiasan.

Shen Chen Xi (Zheng Shuang), anak perempuan kepada bekas ahli perniagaan yang berjaya di mana keluarganya telah bankrupt dan diisytiharkan muflis. Pengalaman beliau diibaratkan daripada kehidupan seorang puteri kepada rakyat biasa telah membantunya menjadi seorang gadis yang tabah,berdikari serta penuh inspirasi dalam menjalani kehidupannya.

Bai Luo Han (Lee Jong Suk) pula adalah seorang lelaki yang merupakan anak kepada pewaris  yang baru pulang dari luar negeri. Berpewatakan seorang lelaki yang handsome, dingin, keras hati, bercita-cita tinggi dan seorang ahli perniagaan yang yang menjalankan perniagaan tanpa diskriminasi. Dia juga mempunyai masa silam yang penuh misteriSungguhpun begitu, pertemuannya dengan Chen Xi membuatkan personalitinya berubah dan tertarik hati kepada Chen Xi.

Yang pastinya Jade Lover bukanlah jelmaan versi sekuel Diamond Lover. Kedua drama ini berbeza sama sekali kerana satunya Jade Lover berdasarkan kisah romantis versi western vintage sekitar tahun 1930.

Para Pelakon ;

Lee Jong Suk sebagai Bai Luo Han

Zheng Shuang sebagai Shen Chen Xi

Zeng Hong Chang sebagai Mu Fen

Song Yan Fei sebagai Chu Xue

Gao Ren sebagai Bai Mo Xuan

Sedikit trivia Jade Lover

  • Jade Lover, sebuah siri TV yang dihasilkan oleh syarikat usahasama Korea Selatan dan China, akhirnya telah diluluskan untuk penyiaran di China sekitar bulan May yang lalu. Dengan keizinan ini, ianya seperti permulaan yang baru untuk beri laluan penyiaran kepada beberapa produk Korea di China.
  • Selama setahun yang lalu, China hampir mengharamkan produk kebudayaan dan hiburan Korea Selatan sebagai protes keputusan Seoul untuk menubuhkan Terminal High Altitude Area Defense (THAAD) Terminal dan drama ini antara salah satu karya yang tidak diberi keizinan untuk ditayangkan. Seoul berkata, ia adalah untuk mempersiapkan diri dengan lebih baik daripada ancaman tentera yang semakin meningkat yang ditimbulkan oleh Korea Utara, tetapi Beijing percaya sistem THAAD dapat digunakan untuk memantau kegiatan ketenteraannya sendiri, sehingga menghalang perdamaian dan kestabilan serantau.
  • Jade Lover telah disahkan untuk disiarkan di beberapa platform Internet, termasuk Tencent, dan rangkaian satelit serantau di China (Shenzhen Satellite TV dan Anhui Satellite TV).
  • Sungguhpun begitu, tarikh sebenar drama ini akan ditayangkan masih lagi samar-samar. Desas-desus mendedahkan drama ini akan mula bersiaran sekitar awal 2018.
  • Difahamkan, ramai pelakon top di Asia telah disenaraikan sebagai hero drama ini dan pihak produksi drama berada dalam dilema. Mereka menyahut cabaran dengan cuba berunding dengan Lee Jong Suk kerana produser Zhang inginkan Lee Jong Suk dalam drama ini. Setelah rundingan dengan pengurusan Lee Jong Suk berjaya, produser memikirkan siapakah calon watak wanita yang sesuai untuk digandingkan dengan Lee Jong Suk.Akhirnya Zheng Shuang dipilih untuk bergandingan dengan Lee Jong Suk. Menurut produser kedua pelakon ini mempunyai prestasi yang cemerlang dan mempunyai pakej yang lengkap. Menurutnya, penonton pasti akan menyukai pasangan ini kelak.

  • Zheng Shuang popular menerusi drama hit Let’s Go Watch Meteor Shower iaitu drama adaptasi dari Meteor Garden. Selain itu Zheng Shuang juga pernah membintangi drama seperti Swords of Legends,  Love Weaves Through a Millennium, Love O2O dan yang terbaru Rush to the Dead Summer.
  • Zheng Shuang juga pernah menyanyikan lagu tema bagi drama lakonannya  seperti Let’s Go Watch Meteor Shower (Love’s Waltz) dan Love Weaves Through a Millennium (Can’t Forget duet bersama Jin Boran)
  • Zheng Shuang juga merupakan pelakon TV wanita yang mendapat bayaran tertinggi di China

  • Jade Lover ini mempunyai lebih kurang 35 episode dan dikatakan Lee Jong Suk mendapat anggaran bayaran sebanyak $5.1 million (6 billion Won). Wow!
  • Drama terbaru Lee Jong Suk terbitan SBS While You Were Sleeping kini sedang bersiaran. Ini merupakan drama pertama menggandingkan beliau bersama Suzy. While You Were Sleeping ditayangkan di Astro ONE pada setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam, serentak dengan waktu tayangan di Korea. ONE boleh didapati di Malaysia menerusi saluran Astro 393.
  • Lee Jong Suk juga buat pertama kalinya akan menyanyikan sendiri lagu tema bagi drama While You Were Sleeping yang masih lagi menunggu untuk diperdengarkan.

  • Ini adalah kali pertama Lee Jong Suk dan Zheng Shuang bergandingan. Peminat pastinya menunggu siaran drama ini dan kombinasi kedua pelakon ini amat dinanti-nantikan sementelah drama ini juga telah mendapat liputan media tempatan.

Jom saksikan trailer drama Jade Lover

Trailer Jade Lover yang berdurasi 57 minit

 

Preview Jade Lover starring Lee Jong Suk for Chinese Drama . Plot . Set in the 1930s, the story centers around Shen Chen Xi (ZhengShuang) , the daughter of a former magnate whose family falls to ruin after going bankrupt. Her experiences thereafter help her grow from someone muddled in love to an inspirational goddess . Bai Luo Han(jong suk) is a man treading morally ambiguous territory by working indiscriminately with both good and bad. Whilst he appears cold and calculating on the outside, inside is a kind-hearted man constantly on the lookout for Chen Xi . . #翡翠恋人 #leejongsuk #zhengshuang #zenghongchang #jadelover#jadesweetheart #AnhuiTv #chinesedrama #kdramalovers #dramaaddict #jongsuk #leejongsuklover #克拉恋人2翡翠恋人 #2017drama #diamondlover #이종석 #kdramafever #wtwoworlds

A post shared by my.dudu (@my.dudu) on

Sebarang maklumat terkini akan kami kemaskini kelak. Jadi marilah kita menunggu dengan sabar ya!

Sumber : Yonhapnews bntnews news.nate kdstar asiaone  kknews

Komentar

comments

You may also like...